Persaingan sengit kereta kecil moden akhirnya tiba kemuncak. Setelah Artega cuba untuk menghasilkan sendiri Isetta menggunakan projek asal Microlina, syarikat Swiss ini mencipta sebuah kereta baharu dan telah pun memasuki produksi sebelum para pesaingnya di Jerman. Kini, Microlina mengumumkan EV pertamanya yang bakal dipersembahkan kepada para pelanggan pada 12 Mei ini yang dinamakan sebagai Microlina 2.0 Pioneer Series.
Apa yang diketahui setakat ini? Terdapat 3 varian; Urban, Dolce dan Competizione. Urban merupakan varian paling mampu milik dan ditawarkan pada harga bermula dari $13,156 (RM57,651.63). Manakala Dolce dan Competizione setanding dengan kelengkapan standard yang didatangkan bersama bar lampu LED Infinity dan sunroof. Perbezaan di antara kedua-dua varian ini terletak pada penampilan di mana Competizione menampilkan perincian krom dan juga warna matte eksklusif.
Baru-baru ini, Microlino telah mendedahkan spesifikasi terakhir untuk kereta kecil ini; 2.52m (panjang), 1.47m (lebar) dan 1.50m tinggi. Bagi sebuah kereta yang bersaiz sangat kecil, bahagian ruang belakangnya sangat besar yang boleh membawa sehingga 230 liter (8.12 kaki kubik). Kereta kecil elektrik terbaharu ini diberikan tiga pek bateri pilihan. Dengan 6-kWh untuk perjalanan sejauh 95km dan beratnya sekitar 496kg serta mempunyai pengecas 1.35 kW.
Pilihan kedua pula menawarkan 10.5 kWh, membolehkan pemilik kereta memandu sehingga 175km dan beratnya pula sekitar 513kg. Akhir sekali, pek bateri 14-kWh, bagus untuk 230km tetapi hanya tiba di pasaran pada suku ketiga 2022. Buat setakat ini, Microlino masih belum mendedahkan beratnya. Namun, kedua-dua varian ini didatangkan dengan pengecas 2.6 kW.
Sumber : Autoevolution