Fiat telah melancarkan satu lagi edisi khas untuk kereta ICE yang diberikan nama Dolcevita. Kalau diimbas kembali, 500 Dolcevita telah dilancarkan pada tahun 2019 dan 500X Cabrio Dolcevita pada tahun 2021. Bagaimanapun, bagi tahun 2022, model tersebut telah dikemaskini dengan powertrain mild-hybrid dan kombinasi warna yang berbeza untuk penampilan yang lebih segar. Edisi khas Dolcevita ini juga didatangkan secara eksklusif bahagian atas lembut.
Bermula dengan 500X, ia dimuatkan dengan powertrain mild-hybrid yang diperkenalkan awal tahun ini. Ia menggabungkan enjin turbocas 4-silinder 1.5 liter yang menghasilkan 128hp (96 kW / 130 PS) dan tork 240 Nm (177 lb-ft) dengan motor elektrik 48-Volt BSG menambahkan lagi 20 hp (15 kW / 20 PS) dan tork 41 lb-ft (55 Nm). Kuasa tersebut kemudiannya dihantar kepada axle hadapan menerusi transmisi dwi-klac 7-kelajuan baharu.
Secara visualnya, Dolcevita menerima eksterior Gelato White yang digabungkan dengan warna Ivory di bahagian atap lembut tadi, rim aloi dua ton 18” bersama aksen krom atau satin dan logo Dolcevita di fender depan. Bahagian dalamnya, dengan warna Ivory pada tempat duduk dengan logo 500 juga dashboard. Kelengkapan standard terdiri daripada infotainmen Uconnect 7-inci, navigasi, kamera pandang belakang, lampu utama auto dan pengelap cermin auto.
Beralih kepada 500, Dolcevita cuba menambah sedikit ‘perasa’ kepada campuran khusus untuk mereka yang tidak bersedia untuk melangkah ke dunia elektrik penuh dengan 500 EV baharu. Di bawah bonet pula terbentang enjin FireFly 3-silinder 1.0liter yang menghasilkan 69 hp (51.5 kW / 70 PS) dan tork 68 lb-ft (92 Nm) yang menggunakan elektrik sejak 2020 dengan penambahan motor BSG 12-volt dan bateri ion-litium kecil.
Buat masa ini, Fiat masih belum mendedahkan harga untuk model ini yang dijangka lebih tinggi berbanding varian mild-hybrid standard.
Sumber : Carscoops