Li Xiang atau kini dikenali sebagai Li Auto telah mengeluarkan gambar dan berkongsi informasi tentang L9, sebuah SUV yang besar dengan ciri-ciri teknologi terkini. Ia merupakan sebuah hybrid plug in yang bakal ditampilkan buat kali pertama Beijing Auto Show pada April ini.
Li Auto L9 berukuran 204.7inci panjang, 78.7inci lebar dan 70.9inci tinggi dengan wheelbase sepanjang 122.2inci. Ukuran yang hampir sama seperti BMW X7, dan juga jauh lebih besar berbanding model lain keluaran syarikat ini seperti – Li Xiang One yang dikeluarkan pada tahun 2019. Gayanya pula menyerupai One tetapi telah sedikit berkembang dengan pemegang pintu ‘flush’, nipis dengan LED, bampar yang direka semula dengan gaya lebih kemas dan tiada lagi grille di bahagian hadapan. Ia juga dilengkapi dengan pengesan di bahagian atap untuk ADAS dan spoiler yang lebar di bahagian belakang. Manakala suspensi adaptif udara datang dari Weybach.
Di bahagian dalam kabin 6-tempat duduk ini, terdapat trio skrin sesentuh 15.7-inci; dua di atas dashboard Inside dan satu di bahagian atap untuk tatapan penumpang di bahagian belakang. Kluster instrumen digital dipadankan bersama stereng, manakala di bahagian atasnya digital terdapat sebuah lagi papan pemapar.
Kesemua enam tempat duduk mempunyai fungsi pemanas dan urutan. Ia juga dilengkapi dengan dua sunroof, pencahayaan ambien, peti sejuk dan sistem audio yang mempesonakan yang menampilkan teknologi 4D, Dolby Atmos 2160watt dan 21 speaker termasuk 4 di bahagian atas dan subwoofer.
Li Auto L9 ini juga mempunyai 4 peringkat pemanduan auto. Selain itu, dilengkapi dengan pengimbas sekitar seperti LiDAR di bahagian atap, radar gelombang lima mm, 12 radar ultrasonic dan 12 kamera. Ia dijangka bakal berada di pasaran Eropah dan Amerika tidak lama lagi.
Sumber : carscoops