Edisi siri istimewa Inspiration untuk LC 500 dari Lexus ini ditawarkan dalam dua jenis gaya, coupe dan juga convertible. Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri dan gaya unik tersendiri. Lexus memulakan pembinaannya dengan pakej Touring LC 500 yang ditambahkan sedikit sentuhan mewah.
Bahagian eksteriornya termasuk warna cat Iridium yang kontras dengan warna hitam di bahagian gril, headlamp, taillamp dan juga garnish. Spoiler wing eksklusif coupe di bahagian belakang menambahkan lagi penampilannya yang agak sporty. Bagi menyempurnakan penampilan eksterior, set rim 3D bersaiz 21-inci, yang pertama untuk Lexus. Di bahagian dalam LC 500 pula merupakan hamparan interior yang sangat menenangkan. Aksen Dark Rose dengan sarung tempat duduk kulit Semi-Aniline, dipadankan dengan tali pinggang Dark Rose. Model Coupes didatangkan dengan tempat duduk Comfort, manakala Convertibles pula tempat duduk Sport.
Penambahan untuk model Convertible adalah interior yang mewah, menawarkan tempat duduk yang ada pemanas serta NuLuxe Headliner yang dipadankan dengan Dark Rose di bahagian atas yang lembut. Sekiranya anda peminat audio, model ini dipenuhi dengan 13-speaker 915-watt Reference Mark Levinson Surround Sound Audio system.
LC 500 juga didatangkan dengan SmartAccess Key Card serta Head-Up Display (HUD), yang memaparkan kelajuan jalan, gear yang dipilih, rev counter dan turn-by-turn direction. Pemapar ini juga turut mengandungi informasi lain seperti Dynamic Radar Cruise Control status, Pre-Collision System, Lane Keep Assist/Lane Departure Alert dan macam-macam ikon lagi.
Bagi makluman, siri Inspiration dari Lexus ini telah diperkenalkan buat kali pertama lima tahun lepas. Antara yang ditawarkan dalam siri ini termasuk LC 500 Black Inspiration dan Aviation Inspiration. Setakat ini, apa yang boleh dikatakan model ini hanya dikeluarkan sebanyak 150 unit dan bakal berada di pasaran tidak lama lagi dengan harga $104,500 (RM438,209.66) untuk model coupe dan $115,580 (RM484,675.79) untuk varian convertible.
Sumber : Carscoops