Chery menjual sebanyak 60,419 kenderaan pada Februari – mewakili peningkatan 26.4% berbanding bulan yang sama tahun lalu (YoY) – termasuk 19,997 unit di luar China (+9.3% YoY). Jualan Chery bagi dua bulan pertama 2022 kini berjumlah 147,459 kenderaan (+17.3% YoY), termasuk eksport 46,897 kenderaan (+33.9% YoY).
Walaupun masalah kekurangan cip global masih berterusan, Chery International telah mencapai pengembangan jualan yang menggalakkan menerusi pelancaran produk dan teknologi baharu, serta terus mencipta lebih nilai bagi para pengguna.
Berdasarkan data Persekutuan Pengedaran Kenderaan Motor Nasional (Fenabrave), Chery kekal antara sembilan jenama terlaris di Brazil dari segi kenderaan penumpang, dengan jualan 3,241 unit pada Februari. Jualan setakat tahun ini (YTD) berjumlah 6,372 unit, mewakili 3.36% pasaran kenderaan penumpang. Model Arrizo 6 Pro menduduki tempat keempat dalam segmen kereta dengan penguasaan pasaran 5.35%, dan pelancaran Tiggo 5X Pro pada Februari turut mendapat sambutan baik.
Di Chile, menurut data Asociación Nacional Autoriz de Chile A.G. (ANAC), jualan Chery pada Februari melonjak 63% YoY, mewakili 7.7% penguasaan pasaran. Syarikat tersebut menduduki tempat kedua antara semua jenama automotif dan jualan YTD meningkat 114% YoY, manakala model Tiggo 2 kekal menjadi SUV terlaris di negara itu.
Setakat ini, terdapat lebih 10 juta pengguna Chery di seluruh dunia, termasuk dua juta pengguna di luar China. Dengan enam pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D), 10 pusat pengeluaran dan lebih 1,500 pusat jualan dan servis di luar China, kapasiti pengeluaran Chery di luar China mencapai 200,000 unit setahun. Chery telah menjadi pengeksport kenderaan penumpang No 1 di China selama 19 tahun berturut-turut.
Chery akan terus berusaha ke arah sasaran eksport tahunannya sebanyak 400,000 kenderaan dan mempertingkatkan lagi strategi globalisasinya.
Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Chery dan model-model keluarannya, sila layari @cherymalaysiaofficial di Facebook atau @chery.malaysia di Instagram atau e-mel [email protected].