Rekaan hypersupercar semakin rumit dan tidak masuk akal. Siapa yang menjangka kita dapat melihat sesuatu seperti Valkyrie dari Aston Martin atau Bolide dari Bugatti? Ia sangat mengujakan, bagaimana rekaan kereta mengejar kemajuan dalam kepantasan dan kecekapan. Dalam ketika syarikat seperti Pagani berpuas hati dan gembira untuk sebuah lagi varian Huayra, salah seorang pereka kereta Mercedes memutuskan untuk melihat sendiri, bagaimana penampilan Pagani nanti.
Pereka yang menghasilkan rekaan ini ialah Vivien Kleczek, yang pernah bekerja untuk Volkswagen, Skoda dan terkini, Mercedes-Benz tanpa terang-terangan menggunakan namanya di mana-mana penghasilan kereta moden. Namun, lakaran yang disediakan beliau begitu meyakinkan dan mempunyai gaya tersendiri.
Buat masa ini, masih tidak dapat dipastikan lokasi seperti shifter pada rekaan kereta yang didominasi oleh kenderaan elektrik tetapi rekaan ini turut menggabungkan trademark yang ada pada Pagani. Mungkin juga, Kleczek membayangkan rekaannya ini dikuasakan oleh enjin pembakaran internal.
Selain itu, dapat juga dilihat saluran masuk pada bahagian atap, cermin, projektor lampu depan dan rim multispoke. Mungkin ia bukan jentera yang sebenar tetapi ia bukan sekadar rekaan tanpa sebarang koordinasi. Mustahil juga untuk lihat versi ini di atas jalan tetapi apa yang pasti, bakat yang ada pada Kleczek ini pasti akan mempengarui kereta sebenar di masa akan datang. Samada untuk kereta hypercar seperti AMG Project One atau mana-mana kereta lain.
Sumber : Carbuzz