Sebelum ini, Kia telah mengejutkan ramai dengan mempamerkan nombor 2021 di Times Square untuk acara NYE Ball Drop tahunan dengan Kia Sorento terbaharu. Mungkin aksi ini masih tidak mengujakan tetapi ia satu usaha yang boleh dipuji, apatah lagi untuk meninggalkan tahun 2020 yang penuh kesukaran.
Bagi menyambut kedatangan tahun baharu 2021, Kia Sorento telah bersedia untuk meraikannya dengan petugas barisan hadapan dengan menaiki pelbagai kenderaan keluaran Kia sempena kempen terbaharunya iaitu The World’s First Storytelling Machine.
Kempen terbaharu ini akan muncul di acara Dick Clark’s New Year’s Rockin’ Eve bersama Ryan Seacrest yang menampilkan Sorento sekali gus mencatatkan sejarah untuk SUV saiz pertengahan. Kempen ini diadakan bertujuan untuk mempamerkan Sorento sebagai sebuah jentera yang boleh dibuat cerita atau kisah menarik bersama keluarga walaupun dalam keadaan yang sukar. Bukan itu sahaja,
Sorento juga dipamerkan di atas billboard digital di One Time Square, bangunan yang pertama mempamerkan NYE Ball Drop pada tahun 1907.
Menurut pengarah operasi pemasaran Kia Motors America, Russel Wager berkata, Kia sudah bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2020 dan selamat datang kepada peluang-peluang baharu yang bakal dibawakan oleh tahun 2021 termasuk kehadiran Sorento terbaharu, SUV Kia yang terkini.
Bagi menjadikan sambutan tahun baharu ini lebih bermakna, Kia akan memberi penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bertugas sepanjang masa untuk memastikan rakyat kekal selamat dengan meraikan mereka bersama keluarga masing-masing di Times Square. Mereka akan dibawa menaiki kenderaan Kia termasuk Sorento dan Kia Telluride serta mematuhi segala prosedur yang telah ditetapkan seperti memakai pelitup muka dan penjarakan sosial.
Sumber : Carbuzz