Dalam dunia rali, terdapat beberapa kereta ikonik seperti Audio Quattro yang juga biasa dikenali sebagai Ur-Quattro. Audi memperkenalkan Quattro pada tahun 1980 dan bersaing dengan beberapa lagi kereta dalam kejuaraan rali. Setelah perubahan pada peraturan, kereta ini diubah menjadi Sport Quattro dari Grup B.
Pengeluaran mencecah melebihi 11,00 0 unit, Audi Ur-Quattro ini antara unit yang pernah dihasilkan. Bagi makluman, Audi Ur-Quattro hanya dijual di utara Amerika di antara tahun 1983 dan 1986. Hanya 763 contoh yang dihantar menerusi laman rasminya. Model ini telah ditempah oleh pemilik pertamanya dari Trainer Motors di Connecticut dan selamat diserahkan pada 1982.
Sebagaimana yang dimaklumkan, tiada sebarang modifikasi dilakukan oleh pemilik asalnya sehinggalah 30 Oktober 1992, apabila ia dibeli oleh pemilik baru yang tinggal di New Jersey dan pada ketika itu ia sudah pun mencatatkan perjalanan sejauh 53,000 batu. Memandangkan pemilik ini merupakan seorang mekanik Audi, beliau telah memodifikasi dan mengemaskini kereta ini mengikut spesifikasi Eropah, memasangkan aloi Ronal, brek lebih besar, shock Koni, spring lebih keras, camshaft dan beberapa instrumen lain dikemaskini termasuk lampu hadapan dan bampar Eropah!
Bagi menampilkan kereta ini dalam keadaan lebih menarik, beliau telah memilih warna Mars Red. Dalam masa 28 tahun ini, ia hanya dipandu sejauh 3,200 km dan masih mengekalkan beberapa perkakasan yang asal.
Sumber : Carscoops