Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Pelengkap Portfolio Model Keluarannya Di Pasaran Tempatan

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
15/08/2021
in BULETIN, UTAMA

Baru-baru ini, Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan model E-Class Coupe 2021 bagi melengkapkan portfolio modelnya di pasaran tempatan. Ia didatangkan dalam satu varian sahaja iaitu E 300 AMG Line Coupe.

Dikuasakan oleh enjin empat silinder bersesaran 2.0 liter yang mampu menjana 258hp dan tork 370Nm, coupe ini dipadankan dengan kotak gear DYNAMIC SELECT 9G-TRONIC 9-kelajuan. Gabungan itu membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 6.4 saat.

Gayaan jentera itu diserlahkan dengan bodykit AMG-Line yang terdiri daripada spoiler depan belakang, gril diamond dan rim aloi ringan lima jejari AMG bersaiz 19 inci. Lampu utama terdiri daripada sepasang Multibeam LED yang menawarkan pencahayaan lebih terang pada waktu malam.

Ciri Adaptive Highbeam Assist Plus yang ada padanya berfungsi mengawal lampu LED dengan menukar di antara lampu rendah, tinggi dan separa secara automatik. Bahagian belakang pula menerima rekaan sepasang lampu yang menjadikannya kelihatan lebih maskular. Manakala sistem suspensi AGILITY CONTROL menjanjikan pengendalian yang selesa dan stabil.

Pelanggan ditawarkan dengan pilihan warna seperti putih, hitam, merah, kelabu, perak, biru dan hijau. Terdapat juga warna merah metalik dan warna putih berlian dengan kos tambahan. Pada bahagian kabin, pemandu dihidangkan dengan dua unit skrin bersaiz 12.3 inci yang dikuasakan oleh sistem MBUX generasi terkini. Kemewahan bahagian dalaman itu ditingkatkan lagi dengan kemasan kayu pada papan pemuka, konsol tengah dan panel pintu.

Tona hitam pada keseluruhan ruang berkenaan dikontraskan dengan kemasan perak pada corong pendingin hawa, bahagian bawah sterengm butang kawalan dan sebagainya. Dari segi keselamatan, E 300 AMG Line Coupe dilengkapi pakej Driving Assistance yang terdiri daripada Active Distance Assist DISTRONIC, Active Steering Assist, Active Brake Assist, Evasive Steering Assist, Active Lane Keeping Assist, Active Blind Spot Assist dan PRE-SAFE Plus.

Jika anda berminat untuk memiliki E 300 AMG Line Coupe, ia ditawarkan pada harga RM495,071 seunit. Menerusi Pelan Pembiayaan Step Up Agility daripada Mercedes-Benz Financial, anda boleh memiliki jentera ini dengan bayaran RM4,288 sebulan.

Sumber : Mekanika

Previous Post

Throwback : Wujud Jaringan Hubungan Di Kalangan Pemilik HRV

Next Post

Sebanyak 480,000 Bongkah Digunakan Untuk Membina Toyota GR Supra Dari Lego

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved