Sempena meraikan dan memperingati ulang tahun ke-35, Gazoo Racing dan Lego telah bekerjasama menghasilkan sebuah model GR Supra dari bongkah-bongkah Lego. Seperti yang dapat dilihat menerusi gambar-gambar yang dikongsi di sini, Supra Lego ini dihasilkan dari 480,000 bongkah Lego. Hanya tayar, rim, tempat duduk pemandu, stereng dan juga lencana di bahagian luar yang bukan dari Lego.
Apa yang benar-benar menakjubkan, lampu utama dan lampu siang berfungsi dengan cemerlang. Pada bahagian dalam juga dibina dari Lego sepenuhnya seperti konsol tengah, dashboard dan juga tempat duduk penumpang. Ya, seperti yang disebut awal tadi, hanya tempat duduk penumpang yang dibuat dari barang kereta sebenar.
Ada sebab kenapa barang-barang sebenar digunakan. Apa yang mengejutkan, Supra Lego ini dipacukan oleh kuasanya sendiri. Walaupun tiada enjin 6-baris Mk5 Supra di bawah hud kereta ini, Lego telah memilih untuk menggunakan motor elektrik yang dikuasakan oleh bateri.
Anda pasti sudah maklum, ia bukanlah kereta pertama Lego. Sebelum ini beberapa pengeluar kereta lain seperti McLaren, Lamborghini dan Bugatti pernah menghasilkan model saiz penuh dari bongkah Lego. Sebagaimana model-model terdahulu, GR Supra ini bukan untuk dijual tetapi Lego menawarkan model mini versi Speed Champions yang dijual pada harga $20 (RM84.74).
Sumber : Carscoops