Baru-baru ini, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah mengumumkan satu berita baik khususnya untuk pemilik Hyundai IONIQ menerusi servis eksklusif dengan diskaun istimewa serta pemeriksaan 20 poin secara percuma. Bermula 1 Oktober lalu sehingga 30 November ini, para pelanggan yang menghantar Hyundai IONIQ ke mana-mana pusat servis Hyundai akan menerima diskaun sehingga 25% untuk alat ganti terpilih dan 10% untuk caj buruh. Alat ganti terpilih yang diberi diskaun termasuk gasket, penapis minyak, penapis angin, palam pencucuh dan banyak lagi.
Menurut Pengarah Urusan HSDM, En. Low Yuan Lung berkata, walaupun HSDM sudah menghentikan penjualan model IONIQ terbaharu, para pelanggan yang memiliki model ini tidak dilupakan. Terdapat sejumlah besar pemilik IONIQ dan HSDM menghargai setiap pelanggan dengan menawarkan servis istimewa ini kepada mereka.
Pada masa yang sama, pihak HSDM juga dapat memastikan keadaan terkini model ini. Tidak seperti model-model Hyundai lain, IONIQ memerlukan servis setiap 15,000km atau setiap 9 bulan sekali atau mana-mana yang tiba dahulu. Para pemilik Hyundai IONIQ yang juga merupakan ahli Hyundai Loyalty Card turut menerima promosi bulanan yang eksklusif seperti diskaun 20% ke atas produk KLIM Fresh dan BlueChem.
Para pelanggan yang masih tidak mendaftar untuk mendapatkan kad ini masih boleh mendapatkannya di mana-mana pusat servis Hyundai di seluruh negara. Kepada sesiapa yang meminati untuk mengetahui promosi lebih lanjut atau mana-mana produk serta servis lain yang ditawarkan Hyundai, boleh hubungi 1300-13-2000 atau layari lama web www.hyundai.com.my.