Pada tahun 2019 dan 2020, terdapat laporan yang mengatakan pengeluar dari Vietname ini bercadang untuk memasuki pasaran Amerika pada tahun 2021. VinFast telah menukar rancangan itu dan dalam temubual terbaharu bersama Ketua Pegawai Eksekutif Global, Michael Lohscheller mendedahkan yang syarikat tersebut telah mula menerima pra-tempahan untuk VF e35 dan SUV elektrik e36 di Amerika pada pertengahan tahun pertama 2022 dan penghantaran bakal bermula hujung tahun hadapan.
CEO VinFast itu turut menjelaskan, pengeluar automotif adalah sebahagian dari konglomerat Vingroup yang sudah pun mempunyai pejabat di California dan akan mengembangkan lagi jaringan ke lebih 60 wakil pengedar di seluruh negara itu. Namun, kebanyakan urusan jual beli dilakukan secara atas talian, bersama pengeluar yang berada di Vietnam. Bagaimanapun, pemilik syarikat tersebut berjanji akan mencari peluang untuk kemungkinan mewujudkan kemudahan pengeluaran di Amerika Syarikat.
Sementara itu, dalam sebuah laporan rasmi oleh media, VinFast telah mengumumkan untuk memperlihatkan dua SUV elektriknya pada tahun ini di Los Angeles Auto Show seperti yang disahkan oleh Lohscheller. Acara di LA ini akan menganjurkan pelancaran VinFast jenama kenderaan elektrik global dengan pembangunan dan kajiselidik e-mobiliti oleh teknologi ekosistem dari Vingroup.
Bagi makluman, penampilan global pertama jenama ini adalah di Paris Motor Show 2018.