Dua perkara yang membuatkan kereta ini terkenal dalam sejarah Porsche; satunya kerana prestasi yang hebat di atas litar. Kedua, kematian James Dean. Hanya 90 unit dikeluarkan dan ini menjadikan ia sebuah kereta yang sangat didambakan peminat kereta juga banyak yang sanggup membuat replika!
Salah satu replika yang ditemui di sebuah kedai di Indiana. Replika ini dibina mengikut casis Beck 1955 dan dimuatkan dengan enjin Subaru serta dipadankan dengan kotak gear 4-kelajuan yang menghantar sebanyak 170 hp ke roda belakang.
Apa yang membuatkan Spyder ini sangat unik adalah badannya yang dibina dari fiberglass serta interior kustom. Mungkin, ramai menjangkakan ia sebuah kenderaan yang pantas dan memerlukan hanya 5.8 saat untuk memecut dari 0 ke 60 mph (0-97 kph). Lupakan sahaja kerana ia hanya sebuah replika.
Bahagian eksterior diwarnakan dengan warna silver dan emas bertulis Spyder di bahagian fender hadapan. Satu set jalur menghiasi panel belakang. Di bahagian belakang, dipasangkan dengan paip ekzos yang memberikan bunyi deruman enjin. Bahagian interior pula, Special Edition ditambah pada set bucket seat agar nampak seperti Porsche 550 Spyder asal. Selain itu, kereta ini juga dilengkapi dengan AM/FM CD stereo.
Sekiranya hari hujan, atap lembut turut disertakan bersama untuk melindungi pemandu dan penumpang. Taklah basah. Ada yang sanggup nak beli?
Sumber : Autoevolution