Selepas Mazda CX-3 Super Edgy, pengeluar automotif ini telah mengumumkan trim intimewa untuk Mazda3 dan CX-30 di Jepun, diikuti beberapa kemaskini motor e-SkyActiv X. Antara perubahan adalah intake port dan exhaust silencer enjin gasoline untuk menghasilkan bunyi yang lebih mantap dan memberikan pemanduan yang lebih hebat ketika memecut.
Selain itu, pedal gas turut dikemaskini untuk memberikan rasa penyatuan dengan kereta. Malah, bagi memberi ‘nafas’ lebih segar, e-SkyActiv X mild-hybrid 2.0-liter four-cylinder engine menghasilkan 183 hp (137 kW / 186 PS) dan tork 240 Nm (177 lb-ft).
Bagi bahagian trim baharunya, Smart Edition dilengkapi dengan enjin e-Skyactiv X. Ia memberikan lebih keselesaan dan kelengkapan keselamatan termasuk pemapar pemanduan aktif, , smart brake support, sistem kawalan high beam, lane keep assist dan monitor titik buta.
Manakala Black Tone Edition, boleh didapati untuk kedua-dua varian, secara visualnya dibezakan menerusi rim aloi 18-inci, cermin gloss-black and jahitan merah dalam kabin. Mengikut kemaskini yang dilakukan terhadap CX-30, kesemua model Mazda3 mendapat isyarat membelok baharu seperti yang dinyatakan oleh pihak Mazda, “a sense of life” dalam kereta.
Akhir sekali, Platinum Quartz Metallic iaitu warna pilihan untuk Mazda3 dan CX-30. Manakala warna Polymetal Gray Metallic ditambahkan untuk sedan Mazda3. Tempahan sudah mula dibuka dan dijangka tiba ke tangan pengedar lewat November ini.
Sumber : Carscoops