Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

MY FAIR LADY

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
23/02/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

Tanyalah sapa pun, kebanyakan kita tentu menjawab zaman kanak-kanaklah yang paling best dan menyeronokkan. Fasa hidup tanpa masalah, menyebabkan kita mudah jatuh cinta dan kekal dalam alam fantasi sepanjang masa. Bila meningkat remaja, kecintaan kita mula berubah kepada sesuatu yang lebih dewasa. Misalnya muzik, juga pada jentera bernama kereta.

Tak cakap orang lain, gua zaman sekolah dulu pun sama jugak. Pernah suatu ketika berangan nak pakai Volvo 760, pastu Daihatsu Charade G11 Turbo, termasuk Mazda Cosmo Coupe. Tapi takat berangan jelah yang mampu. Sampai dah bangka macam sekarang ni pun, masih tak dapat nak pakai lagi.

Berbeza dengan brader Muzafar Shah. Berkat kerja keras dan usahanya, beliau berjaya membeli sebuah Nissan Fairlady Z32 yang diidamkan, biarpun selepas lebih 20 tahun ia dikeluarkan. Rekabentuknya yang masih lagi mengancam juga antara sebab mengapa Muzafar sanggup bersusah payah memulakan projek restorasi dan naiktaraf kereta impiannya ini.

Enjin VG30DETT asal macam tak ngam dengan kehendak hatinya. Tanpa banyak soal, sebuah enjin 2JZ-GTE telah disumbat masuk ke dalam perut kereta ini. Mungkin dah terbiasa sangat, memandangkan Muzafar juga ada menyimpan sebijik Supra di garaj rumah. Itu belum cerita RX7 lamanya yang turut menggunakan enjin yang sama!

Kepada yang sedia maklum, enjin siri 2JZ sememangnya mudah diubahsuai. Takat cuit sikit-sikit pun dah mampu mengejutkan mesin dyno. Untuk enjin ini, ia telah diberi setup turbo tunggal jenis Garrett T04E pada sebuah manifold turbo kustom. Ia kemudian disejukkan oleh unit intercooler, juga paip sambungan rekaan kustom. Sebuah injap pelepas dari Works Engineering turut dipasang bagi meredakan tekanan boost yang berlebihan.

Walaupun dah pakai turbo besar, sistem nyalaan dan penyampaian petrol masih lagi standard, kecuali tambahan unit regulator Works Engineering untuk mengawal tekanan pada rel bahan api. Sistem pendawaian kemudian disorok sebaik mungkin, untuk memastikan ruang enjin ini jauh lebih kemas dan teratur berbanding asal.

Setelah berpuas hati dengan proses naik taraf enjin, Muzafar kemudian memastikan bentuk badan Z32 yang menjadi idaman beliau sejak kecik ini dibaikpulih sepenuhnya. Walaupun kondisi yang diterima kurang menyerlah, setiap kemik dan karat telah dirawat sebelum dilayangkan dengan kaler kuning diraja. Tiada kit badan merepek yang digunakan, memang saja nak tunjuk natural beauty. Satu-satunya modifikasi yang dilakukan adalah pada bonet depan yang telah ditebuk untuk menempatkan liang udara, bagi membantu proses sejukan. Oh ya! Lupa nak bagitau yang Z32 ni adalah model dengan bumbung jenis T-Top. Kalau boring-boring, boleh jugak buka berjemur macam udang kering.

Untuk bahagian pengendalian, Muzafar telah menaiktaraf sistem gantungan asal Fairlady ini dengan set penyerap hentak boleh laras daripada Tein. Sistem brek asal kereta dengan angkup 4 piston depan dan 2 piston belakang terus dikekalkan dah lebih dari mencukupi untuk menampung kuasa enjinnya. Ruang arca roda yang besar telah diisi dengan kombinasi rim Riverside Trafficstar bersaiz 18 inci, berserta tayar Dunlop SP Sport dari dua saiz berbeza.

Tiba kat ruang dalam, kita akan disambut dengan lautan fabrik Alcantara yang bukan saja membaluti tempat duduk dan sterengnya, tapi juga keseluruhan papan pemuka, panel pintu, konsul tengah, panel bumbung dan pilar. Paparan digital Defi Advance ZD dan meter boost Auto Gauge kemudian dipasang pada papan pemuka, bagi memastikan sistem enjinnya sentiasa dalam keadaan baik dan terkawal.

Bermula dengan angan-angan, Muzafar kini boleh tersenyum riang apabila impian waktu kecilnya berjaya direalisasikan…!

SPESIFIKASI

    • Pemilik – Muzafar Shah
    • Pengeluar – Nissan
    • Model – Fairlady 300ZX (Z32)
    • Tahun – 1991
    • Enjin asal – VG30DETT
    • Modifikasi Enjin – 2JZ GTE VVTi, cagak enjin kustom, penapis udara Blitz, turbo Garrett T04E, manifold turbo kustom, wastegate Turbosmart, intercooler & paip sambungan kustom, injap pelepas, regulator & tangki perangkap minyak Works Engineering
    • Transmisi – Kotak gear A341E automatik
    • Ekzos – Paip kustom 3-inci, muffler berkembar 5Zigen
    • Luaran – Restorasi asal, standard T-Top, hood kustom
    • Suspensi – Tein
    • Brek – Standard Z32
    • Rim & Tayar – Riverside Trafficstar 18-inci & Dunlop SP Sport 235/40ZR-18 (depan) 275/40ZR-18 (belakang)
    • Dalaman – Balutan penuh fabrik Alcantara, Defi Advance ZD, meter boost Auto Gauge
    • Bengkel – KKP Auto Service & KCT Cushion

Previous Post

Malaysia 4 x 4 Mega Jamboree 2019

Next Post

JAZZ SUPER BATTLE 2019 (VER 2)

KATEGORI

  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW

POPULAR

  • HONDA JAZZ GK5 BUKAN BESHE BESHE…
  • Lexus LM 350 Dilancarkan Di Malaysia
  • SATRIA GTI R3 4G63 EVOLUSI GTi
  • MITSUBISHI LANCER EVO X
  • HONDA CIVIC K24
  • Sambutan Ulang Tahun Pertama VKC Yang Tertunda
  • KAPTEN EVO
  • MYVI BOON JDM BOON JADIAN
  • COME OUT & PLAY
  • AIRWALKER

CAPAIAN

  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
  • RSS - Posts
  • RSS - Comments
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved