Foto: Shah Bahulu @ Adam Photography
Sebanyak 300 buah Honda Jazz, telah mengambil bahagian dalam acara Jazz Super Battle 2019 (Ver 2) yang berlangsung di Melaka International Motorsport Circuit, Ayer Keroh pada 21 Disember yang lalu. Ia merupakan kesinambungan kepada edisi pertama yang diadakan di Litar Gong Badak, Kuala Terengganu sebelum ini.
Acara ini menjadi tempat kepada pemilik dan ahli-ahli kelab Honda Jazz seluruh negara, untuk berkongsi idea dan pengalaman tentang penjagaan dan modifikasi yang telah dilakukan ke atas jentera masing-masing. Selain sesi perhimpunan, pihak penganjur juga telah mengadakan pertandingan autoshow bagi memilih jentera terbaik berdasarkan konsep tertentu.
Bagi yang ingin menguji kemampuan diri dan jentera, perlumbaan time attack telah diadakan di kawasan litar. Ia menyaksikan hampir 30 buah kereta beraksi dalam suasana serba santai dan selamat. Di sebelah malam pula diadakan perlumbaan drag, yang dibahagikan kepada 4 kategori iaitu Auto, Manual, Turbo dan Terbuka.
Terima kasih diucapkan kepada para penaja serta semua peserta yang telah mengambil bahagian. Untuk perkembangan acara ini, layari Facebook: ホンダ ・ ジャズ ・ Jazz Super Gath & Drag atau Instagram: Jazz Super Battle