Rasanya masih belum terlambat untuk membicarakan tentang kejayaan dan kehebatan penganjuran Malaysia 4 x 4 Jamboree 2019 yang diadakan pada 20 hingga 22 Disember tahun lalu di Taman Jubli Emas Suka Menanti, Alor Setar. Lebih 400 buah kenderaan pacuan 4 roda dari seluruh Malaysia dan Thailand yang sekali gus menyemarakkan Bandaraya Alor Setar dengan pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan.
Dianjurkan oleh Forward Kedah dengan kerjasama Majlis Bandaraya Alor Setar dan Kelab Kembara Lasak 4×4 yang ditaja oleh Monster Rim Malaysia. Dirasmikan oleh Tuan Haji Husni Dato Ahmad Basri, Pengarah Utara Tourism Malaysia, pelbagai aktiviti disediakan pihak penganjur termasuk SUV dan trak pickup yang telah diubahsuai dengan penampilan cukup unik dan berwarna-warni.
Selain itu, pihak penganjur telah menyusun banyak lagi program dan aktiviti menarik untuk dipadatkan selama 3 hari acara ini berlangsung. Antaranya termasuk program konvoi amal, gerai-gerai pameran, pertandingan mencari harta karun, Gymkhana, Urban Challenge dan pertandingan Autoshow. Bukan itu sahaja, acara bertambah meriah dengan penyertaan dari Group Audio Kedah untuk segmen Show Off (Audio).
Bukan sahaja pertandingan, acara ini turut menyediakan pameran teknikal yang disertai beberapa jenama terkemuka termasuk Toyo Tires, Pertamina Lubricants, Saudagar Minyak dan banyak lagi. Monster Rim. Sambutan yang cukup memberangsangkan dari para pengunjung ini bukan sahaja memeriahkan lagi industri pelancongan malam dalam masa yang sama, berjaya menghimpunkan para peminat 4×4 dari seluruh Malaysia.
Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di atas kejayaan penganjuran ini. Selain menghimpunkan para peminat 4×4, ia turut memberi ruang dan peluang kepada para peniaga dan pengusaha industri pelancongan juga permotoran di Alor Setar ini mempromosikan produk dan perkhidmatan masing-masing.
Disediakan oleh : Azahar Taib (Pak Art)