Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

ABANG BOMBA I LOVE YOU

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
21/02/2020
in MODIFIKASI, UTAMA


Yang menjadikan dunia modifikasi itu indah adalah warnanya. Ia bersifat umum dan tidak khusus kepada golongan tertentu. Kalau untuk kereta lama, tak semestinya dimainkan oleh mereka yang berumur saja. Begitu juga dengan kereta dari segmen yang lain.

Secara tak sengaja, gua telah dipertemukan dengan Abang Hussin, seorang pesara bomba yang juga pemilik Perodua Viva ini. Jika umur jadi ukuran, mungkin nampak tak ngam. Tapi kalau dah suka dan minat, status tersebut bukan penghalang untuk beliau berkecimpung dalam dunia modifikasi k-kar seperti ini.

Acaner Abang Hussin boleh terjebak? Kisah bermula apabila enjin asal yang digunakan, tetiba merajuk macam Amira Othman. Nak cari enjin kosong macam tak berbaloi, maka ia telah digantikan dengan enjin turbo EF-DET dari Mira Avy RS. Memadai dengan kuasa yang ada, satu-satunya komponen yang ditingkat taraf adalah, penggunaan injap pelepas jenis HKS SSQV.

Okey, enjin dah siap. Bila balik rumah, boleh pulak terbayang-bayang rupa Mira Avy yang dilihatnya di kedai Angah. Apa mau kata, ulat daun dah naik mata. Lepas congak punya congak, Abang Hussin akhirnya kembali ke Tora Tora Motorsport untuk proses naik taraf seterusnya.

Disebabkan Viva berkongsi casis yang sama dengan Mira Avy, konsep salinan JDM seperti ini tidak memerlukan perubahan yang besar. Yang besar cuma modalnya, memandangkan sesetengah komponen ini mempunyai permintaan yang agak tinggi. Hampir kesemuanya disalin dengan komponen milik Mira Avy RS, meliputi keseluruhan bahagian depan, sisi dan belakang. Paling semat, dia punya spoiler yang bercantum terus dengan lampu belakang. Beberapa perkakasan tambahan juga dipasang seperti lip janggut pada bumper, skup berkrom, serta rangkaian aksesori yang lain.

Tidak lengkap sesebuah modifikasi itu jika bahagian rodanya tidak diusik. Untuk itu, ia telah diserikan dengan rim 15-inci Volk Racing RE30 yang dibalut tayar Silverstone bersaiz 175/50R-15. Besar jugak tuh. Kedudukan kereta kemudian ditongkat menggunakan set suspensi boleh laras dari HWL, sekaligus merubah karektor pengendalian secara keseluruhan.

Seperti luar, belah dalam juga tidak ketinggalan menerima salinan komponen Mira Avy RS untuk papan pemuka, stereng, tempat duduk dan panel pintu. Ia turut diserikan dengan sarung tempat duduk Mira serta trim jenis walnut di sana-sini. Juga kelihatan, deretan gajet elektronik seperti meter tambahan ZerOne, unit RSM Apexi, serta set audio jenama Carrozzeria.

Sekarang ni, ramai pemilik Viva yang tengah demam dengan salinan Agya dan Ayla. Bukan sebab JDM macam Avy dah tak lawo, tapi atas maksud inginkan kelainan. Memang hebat betul penangan kereta kecik nih…

SPESIFIKASI

  • Pemilik – Hussin
  • Pengeluar – Perodua
  • Model – Viva 850EX
  • Tahun – 2008
  • Enjin asal – ED-VE 850cc
  • Modifikasi Enjin – EF-DET Mira Avy RS, injap pelepas HKS SSQV
  • Transmisi – Automatik
  • Ekzos – Paip kustom 2-inci, muffler D-Sport
  • Luaran – Kit badan Mira Avy 06, aksesori krom
  • Suspensi – HWL
  • Brek – Mira Avy
  • Rim & Tayar – Volk Racing RE30 15-inci & Silverstone 175/50R-15
  • Dalaman – Salinan komponen Mira Avy RS 06, sarung tempat duduk Mira, trim walnut, meter tambahan ZerOne, RSM Apexi, set audio Carrozzeria
  • Bengkel – Tora Tora Motorsport, Shah Alam

Previous Post

DAR - MUSC Malaysia Drag Racing Championship Road Tour 2019

Next Post

Malaysia 4 x 4 Mega Jamboree 2019

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved