Namanya mungkin asing tetapi Andy Saunders sangat dikenali di Britain, negeri asalnya apabila pernah mencatatkan nama dalam Guinness Book Of World Records. Beliau telah melakukan modifikasi sebuah kereta Mini pada tahun 1987 dan ia menjadi kereta paling rendah di dunia dengan hanya memiliki ketinggian 34.5 inci atau 87.6cm yang diberi nama sebagai Claustro Phobia!
Bagi memanjangkan badan Mini ini, beliau memotong serta menambah bahagian bumbung kereta. Logiknya, bila sudah direndahkan, tempat duduk akan berada dalam kedudukan yang sangat hampir dengan tanah. Jika memandu kereta Mini ini, pemandu perlu membiasakan diri dengan kepala yang hampir mencecah bumbung dan mungkin terpaksa mengeluarkan kepala di bahagian bumbung.
Bukan itu sahaja, penglihatan di cermin hadapan agak terganggu kerana karburetor terkeluar dari bahagian penutup ruang enjin hadapan. Pada tahun 1987, Claustro Phobia ini dinobatkan sebagai kereta paling rendah di dunia dan menjadi perhatian orang ramai serta tarikan utama di pameran kereta dan acara Mini. Menariknya, Claustro Phobia ini dijual kepada Yokshire Car Collection dan kini ditempatkan di muzium di Tokyo, Jepun.
Bagi makluman, Claustro Phobia bukan satu-satunya kereta yang meletakkan nama Andy Saunders dalam Guinness Book Of Worlds Records. Beliau turut berjaya menembusi buku rekod ini dengan modifikasi lain termasuk Volkswagen Camper Type 25 tahun 1980 sebagai Van Terendah di dunia. – autoevolution
Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ