Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Transmisi Manual Buatan Hyundai

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
24/07/2020
in BULETIN, UTAMA

Digabungkan dengan ciri kecerdasan pintar buatan, transmisi manual buatan Hyundai ini bukan sahaja boleh mengesan niat pemandu malah turut berkemampuan mengaktifkan klac secara automatik. Anda boleh menukar gear tanpa perlu menekan pedal klac sekali gus menikmati pemanduan manual yang menyeronokkan tanpa lenguh kaki dan berdengung segala urat saraf di bahagian otak. Wow!

Berikut, apa yang anda perlu tahu;

1.Kelemahan enjin
Enjin petrol pembakaran dalaman ini berfungsi dalam julat tertentu sahaja dengan efisyen. Jika enjin menghasilkan 200Nm tork pada 4000 RPM, bukan bermakna hidup sahaja enjin ia ada 200Nm tork. Ia perlu diperah sehingga 4000RPM bagi mendapatkan tork maksima

2.Fungsi gear
Gear atau transmisi diperkenalkan bagi membolehkan enjin sentiasa beroperasi dalam keadaan efisyen, sistem gear mengekstrak kuasa enjin secara optima dan halaju tayar boleh berbeza dengan halaju enjin. Katakanlah enjin hanya ada gear 1, maka meraunglah enjin pada 6000 RPM dengan halaju 30km/jam

3.Fungsi Klac
Gear akan dipadankan dalam beberapa set, seperti Hyundai Venue ini dipadankan dengan 6 ratio yang berbeza. Fungsi sebenar klac ialah memutuskan seketika sambungan enjin dan gear supaya pemandu boleh menukar gear tanpa merosakkan gear itu sendiri dan penukaran gear dibuat dengan lancar.

Apabila pedal klac ditekan menerusi sistem hidraulik, ia akan menyahaktifkan sistem spring yang ada dalam sistem klac. Sambungan antara gear dan enjin akan terbuka seketika dan ketika inilah pemandu menukar gear.

4.Sistem i-MT
Fungsi mengaktifkan klac diambil alih sistem AI dan pemandu hanya menukar tombol gear dengan gembira. Jadi Hyundai Venue yang dipasang dengan sistem ini tidak dipasang dengan pedal klac. Ia hanya ada pedal minyak dan pedal brek sahaja, sama seperti kereta dengan transmisi automatik

5.Fungsi i-MT
Salah satu komponen dalam sistem ini ialah Transmission Gear Shift Lever atau singkatannya TGS. Ia merupakan gabungan alat pengesan penukaran gear, aktuator hidraulik dan juga unit kawalan transmisi atau TCU. Komponen lain termasuklah concentric slave cylinder, tiub klac, sistem klac dan pressure plate sama seperti gear manual biasa. Kesemua komponen ini akan bekerjasama apabila pemandu menukar gear
5.1 Untuk memulakan perjalanan pemandu perlu memasukkan gear dari kedudukan Neutral kepada gear 1
5.2 Untuk bergerak lebih laju, pemandu akan menukar gear dari 1 kepada 2. Unit TGS akan mengesan perbuatan atau keinginan pemandu untuk menukar gear dan menghantar isyarat kepada TCU
5.3 TCU akan mengaktifkan aktuator hidraulik bagi menghasilkan tekanan hidraulik, yang akan diarahkan kepada slave cylinder menerusi tiub klac. Tindakan ini akan memutus dan menyambung semula klac bagi penukaran gear.

6.Kelebihan i-MT
Jika melalui kesesakan jalan raya terutama ketik pemanduan dalam bandar, pemandu tidak lagi perlu menggunakan kaki kiri ketika memandu. Pemandu hanya fokus pada operasi penukaran gear sahaja. Hyundai mendakwa sistem ini merupakan sistem yang seimbang antara prestasi dan juga penjimatan bahan api.

7.Adakah ia sama dengan AMT
Automated Manual Transmission atau AMT merupakan gear manual dengan sistem klac tunggal diperasikan secara automatik dan penukaran gear juga dibuat oleh TCU. Dalam sistem AMT, pemandu boleh memilih untuk menggunakan pilihan manual melalui butang +/- atau membiarkan TCU menukar gear untuk anda. Tapi disebabkan ia hanya ada satu klac, operasinya ketika jalan sesak menjadi tidak lancar

8.Bagaimana dengan sistem DSG/DCT
Sistem DSG sama seperti AMT kerana ia masih menggunakan kotak gear manual dan operasi klac dijalankan secara automatik. Satu set gear ganjil (1 3 5) dan satu set gear genap (2 4 6) dipautkan pada klac yang berbeza menjadikan penukaran gear amat lancar. Sistem klac berfungsi dengan bergilir dimana jika gear 1 diputuskan dari klac, gear 2 yang berada dalam satu lagi klac akan diaktifkan secara automatik

9.Enjin Hyundai Venue
Bagi Hyundai Venue yang merupakan crossover kompak ia akan dipadankan dengan enjin 3 silinder, 1000cc turbo dengan suntikan bahan api terus. Enjin ini akan menghasilkan 120 kuasa kuda dan 171Nm tork. Boleh tahan juga!

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Hyundai Veloster PR Shoot
Previous Post

Mini Terendah Di Dunia Milik Andy Saunders

Next Post

X7 Dark Shadow Edition 2021 Bakal Saingi Mercedes-Benz GLS

CAPAIAN

  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved