Tips Panjangkan Hayat Pengelap Cermin Kereta
Lazimnya, ramai pemilik kereta kurang memikirkan tentang keadaan wiper atau pengelap cermin kereta asalkan ia masih berfungsi dengan baik.
Begitupun, pemikiran berkenaan perlu diubah, kerana ia bukan sahaja komponen dalam memastikan cermin hadapan memiliki pandangan jelas terutama ketika musim monsun ini .
Wiper turut memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
Menurut kajian dijalankan Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA), sebanyak 94 peratus pemandu di Malaysia menganggap wiper sebagai salah satu komponen penting pada kereta.
Ini menunjukkan satu peningkatan baik mengenai kesedaran pengguna jalan raya berbanding 70 peratus pada tahun 2018.
Terdapat lima tips mudah bagi memastikan keselamatan dan jangka hayat wiper lebih lama. Ia sekali gus memberikan nilai jangka panjang untuk pembelian wiper anda: –
1- Pilih Jenama Yang Boleh Dipercayai
Memandangkan ia melibatkan keselamatan anda dan pengguna jalan raya lain. Pemilihan jenama yang tepat dan boleh dipercayai amat penting merangkumi tahap kualiti, ketahanan dan jangka hayat wiper telah terbukti berkesan.
Selain itu, pastikan, jenama-jenama yang telah melabur dalam penyelidikan bagi memastikan produk wiper yang dihasilkan mampu bertahan dalam apa jua keadaan cuaca.
Ia mampu menghasilkan prestasi pengelap terbaik dalam tempoh masa yang lama sekali gus meningkatkan tahap keselamatan ketika di jalan raya.
2- Lapisan Kalis Hujan (Rain Repellent) Bukan Pengganti Wiper
Banyak yang salah tanggapan bahawa apabila menggunakan lapisan kalis air di cermin hadapan bermakna tidak perlu menggantikan wiper kerana jarang digunakan.
Begitupun, lapisan ini boleh mendatangkan bahaya kerana ia menyebabkan wiper tidak sekata sekali gus memberi kesan kepada kualiti mengelap dan ketahanan wiper. Ia juga mendatangkan kesan kabus di cermin kenderaan.
Perlu diingat, kabus di cermin akan mengambil masa lebih lama untuk hilang apabila menggunakan lapisan kalis air berbanding tanpa penggunaanya yang memakan masa selama beberapa saat sahaja.
3- Pastikan Cermin Hadapan Sentiasa Bersih
Faktor seperti panas, habuk dan serpihan bendasing memberi kesan kepada keberkesanan dan ketahanan wiper.
Justeru, disiplin amalan kebersihan perlu diterap termasuk memastikan cermin hadapan sentiasa dalam keadaan bersih.
Sentiasa memeriksa wiper sebelum dan selepas musim tengkujuh untuk melihat kesan pakai serta lusuh. Buang sisa serpihan bendasing mampu memanjangkan jangka hayat wiper, menghasilkan kualiti pengelapan lebih bersih.
Banyak juga pengguna yang gemar mengangkat lengan wiper ketika cuaca panas bagi mengelak bilahnya rosak akibat terkena pancaran matahari.
Ia sebenarnya hanya memberi kesan kepada spring lengan wiper dan menyebabkan kesan pengelapan tidak sempurna.
Bahkan, boleh berlaku kerosakan dan menambah kos pembaikan berbanding amalam memeriksa secara berkala.
4- Periksa Wiper Setiap 6 bulan
Satu petua terutama bagi pemandu baharu sentiasa membiasakan diri memeriksa bilah wiper setiap enam bulan untuk melihat kesan seperti pengerasan, terlalu lusuh, koyak atau retak.
Apabila terdapat tanda-tanda tersebut wiper perlu diganti dengan kadar segera.
5-Tukar Wiper Jika Terdapat Tanda-Tanda Ini
Seperti komponen kenderaan lain, wiper akan mengalami kehausan setelah digunakan, persekitaran yang mampu mempengaruhi struktur kimia pada bilah wiper, serta pencemaran yang berterusan disebabkan oleh habuk, dedaun serta serangga.
Pastikan juga tanda-tanda yang terdapat pada permukaan cermin seperti jaluran air, pengelapan tidak sekata dan bunyi bising terhasil ketika menggunakan wiper.
Sekiranya terdapat tanda tersebut, ia bermakna wiper anda perlu digantikan.
Set wiper dari Bosch boleh dibeli menerusi aplikasi dalam talian Shopee atau layari shopee.com.my/boschautoparts.os
Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ