Dikhabarkan, Acura NSX Type S terbaharu bakal didedahkan Ogos ini. Dalam menanti kemunculan generasi kedua NSX ini, sebuah NSX generasi pertama dari tahun 1991 telah muncul dan menggamit sejarah pengeluarannya.
Menurut portal ClassicCars.com, ia merupakan salah sebuah contoh NSX pada awal pengeluarannya. Jika dilihat pada odometer, hanya 50,000 batu dicatatkan. Manakala di bahagian dalam, satu kombinasi yang agak jarang tetapi tetap unik di antara Berlina Black dengan Ivory White.
Bagi makluman, mana-mana NSX adalah jarang di pasaran US tetapi menurut wakil jualan, kurang dari 500 unit ditawarkan dengan spesifikasi tahun 1991. Ia masih menggunakan transmisi manual yang dikuasakan oleh enjin V6 3.0 liter yang menguasakan 270hp dengan cukup lancar.
Kalau dilihat dari gambar, NSX ini masih kelihatan menarik luar dan dalam serta didatangkan dengan dokumentasi lengkap bersama pelekat cermin asal. Apa yang menariknya, kereta ini asalnya dimiliki oleh pencipta bersama untuk Teenage Mutant Ninja Turtle iaitu Kevin Eastman. Malah, ada tandatangan beliau ditinggalkan sebagai kenangan. Mungkin. Nampaknya, pencipta yang pernah menggegarkan dunia hiburan era 1990-an ini amat meminati supercar.
Namun, bukan beliau seorang sahaja yang menjadi pemilik NSX ini kerana ia pernah dipegang oleh beberapa pemilik lain. Melihat kereta ini, terkenang pula kepada nostalgia hero-hero ninja mutan tahun 1990an itu. Apa yang anda ingat bila sebut tentang Ninja Turtle? Cowabunga!
Sumber : Motor1 / ClassicCars.com Journal