Baru-baru ini, Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) telah melancarkan laman sesawang baharu yang menumpukan operasi Proton sekaligus, meluaskan lagi rangkaian pelanggannya.
Menurut Ketua Pengedaran Automotof DRB-HICOM dan Ketua Pegawai Eksekutif EON, Encik Akkbar Danial berkata, lebih 80% pembeli kereta di Malaysia menyelidik secara dalam talian sebelum membuat pembelian. Ia bertepatan untuk mempunyai sebuah laman sesawang dan boleh berfungsi baik melalui komputer peribadi, telefon pintar dan juga tablet.
Tambahan pula, jenama yang mempunyai kehadiran dalam talian yang menyeluruh berpeluang besar memperolehi kejayaan serta menjadi teras kepada proses pembelian kereta masa kini.
“Direka dengan tumpuan kepada pengalaman pengguna, laman baharu ini menampilkan pelbagai fungsi baharu untuk memudahkan mereka mencari model-model Proton,” katanya lagi.
Bagi makluman, EON merupakan pengedar terbesar Proton yang mempunyai sembilan cawangan di seluruh Malaysia. Dengan adanya laman sesawang ini, segala maklumat dan promosi yang paling tepat dan terkini boleh diakses dengan mudah oleh pelanggan sedia ada dan juga bakal pelanggan.
Selain itu, pihak EON juga berusaha mewujudkan ruang pameran maya bagi pembeli di Malaysia yang ingin meninjau serta membuat tempahan pelbagai jenis model kereta Proton walaupun bilik pameran fizikal ditutup.
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut, sila layari laman sesawang EON yang baharu di sini https://proton.eon.com.my/