Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Mengalakkan Pendigitalan Industri Kenderaan Terpakai Di Malaysia Timur Dengan Transformasi Cara Lama Penjualan

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
08/01/2021
in BULETIN, UTAMA

myTukar Sdn Bhd, platform jual-beli kenderaan terpakai secara atas talian yang kian pesat membangun di Malaysia, mengumumkan pengembangannya ke pasaran Malaysia Timur dengan pembukaan dua hab pemeriksaan myTukar yang pertama di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah. Ini merupakan titik penting terhadap peningkatan pesat myTukar yang ke arah mentransformasi industri kenderaan terpakai melalui pendigitalan.

Jualan kenderaan terpakai menunjukkan peningkatan yang positif terutamanya pada suku ketiga tahun 2020, walaupun sewaktu pandemik melanda. Menurut MAA (Persatuan Automotif Malaysia), jualan kenderaan terpakai meningkat 100% pada enam bulan pertama tahun 2020. Bantuan moratorium dan insentif kewangan lain oleh Kerajaan, selain daripada keperluan memiliki kenderaan sendiri untuk mengurangkan masa berada di dalam pengangkutan awam turut menyumbang ke arah peningkatan jualan sepanjang 2020.

Ketua Pengarah Eksekutif myTukar, Fong Hong Sum berkata, “Dengan peningkatan permintaan terhadap kenderaan terpakai di seluruh negara, kami juga melihat peningkatan terhadap dagangan atas talian di kalangan penduduk di Malaysia Timur. Ketika ini, hanya lebih kurang 26% pengedaar kenderaan terpakai di sana yang menjalankan transaksi secara atas talian. Memandangkan misi myTukar adalah untuk memudahkan proses penjualan secara digital menggunakan platform kami, kami yakin ini merupakan masa terbaik untuk memasuki pasaran yang belum lagi diterokai di Malaysia Timur. Platform myTukar yang inovatif ini dapat memberikan sokongan yang diperlukan oleh pengedar kenderaan di sana dan seterusnya dapat meningkatkan jualan mereka melalui ekosistem yang cepat, efisien dan menjimatkan.

Fong turut menambah bahawa Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2,325km yang dijangka siap pada 2023 menjadikan perjalanan darat lebih selamat dan selesa kepada 3.74 juta penduduk. Projek pembangunan mega ini merupakan kesan pengganda terhadap ekonomi, termasuk untuk pasaran automotif dan lebih kurang 369 pengedar kenderaan terpakai di Sabah dan Sarawak.

Pengembangan myTukar ke pasaran Sabah dan Sarawak selaras dengan pelan peningkatan untuk 2021 dan memberi impak yang besar terhadap perkembangan pasaran kenderaan terpakai di sana. Pada Oktober tahun lepas, myTukar mengumumkan pelan pengembangan yang pesat dengan pembukaan tujuh cawangan baharu pada 2020 menjadikan keseluruhannya sebanyak 15 cawangan di seluruh negara. Platform berteknologi inovatif yang mula beroperasi pada 2018 berkembang dengan strategi perniagaan yang agresif untuk industri kenderaan terpakai melalui pendigitalan dalam proses pembelian kenderaan terpakai. Sehingga kini, myTukar memiliki sehingga 2,000 rangkaian pengedar dengan jumlah transaksi melebihi 27,000 unit kenderaan dengan nilai anggaran RM805 juta.

Pada awal Disember 2020, myTukar menjadi syarikat yang pertama dalam industri kenderaan terpakai di Malaysia yang dianugerahkan pensijilan berprestij ISO 9001:2015 untuk Sistem Pengurusan Kualiti.

Previous Post

Pemanduan Stabil Dan Pengambilan Selekoh Kemas, Selamat Tak Ada Goyang!

Next Post

Perhimpunan Sempena Penutup Tirai 2020 Yang Penuh Bermakna

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved