Sebelum kedatangan tahun baharu 2021 telah berlangsungnya acara Track Day di Litar Antarabangsa Sepang pada 26 Disember yang lalu. Dianjurkan oleh Team Project G, acara Push The Limits berjaya menghimpunkan para pelumba dengan jentera yang bukan calang-calang terutamanya sebuah kereta yang menjadi tumpuan, Honda CR-Z.
Apakah keistimewaan yang ada pada kereta Honda CR-Z ini?
Menerima sentuhan dan dimodifikasi oleh Team Project G, kereta Honda CR-Z ini dilengkapi bar Stage One dari Type One Stable Bar. Bagi makluman anda, Stage One ini terdiri dari front strut bar dan juga anti-roll bar yang membantu Honda CR-Z ini beraksi cemerlang sepanjang acara berlangsung.
Menurut Steve, pelumba yang memandu kereta Honda CR-Z ini mengatakan tanpa pemasangan stable bar, chasis dirasakan bergoyang dan tak keras. Namun dengan pemasangan stable bar dari Type One Stable Bar, pemanduan jadi sangat stabil dan juga lebih kemas serta tepat terutamanya ketika mengambil selekoh.
Selain kereta Honda CR-Z, sebuah lagi kereta yang dimodifikasi Team Project G dengan kelengkapan Stage One dari Type One Stable Bar ialah kereta Honda City 2020 yang dikenali dengan kod GN2. Kedua-dua kereta ini telah mempamerkan persembahan cukup kemas dan mantap. Tidak sabar untuk melihat perkembangan kedua-dua kereta ini untuk pusingan yang akan datang tidak lama lagi!
Ketahui lebih banyak produk keluaran Type One Stable Bar di sini;
Typeone
N0 19 Jalan KIP 7,
Taman Perindustrian KIP 52200 Kuala Lumpur.
No Tel : 03-6277 3028
Emel : typeone.info@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/typeone.info/
Web : https://www.typeone.com.my/index.php