Bertempat di Starbuck, Bandar Rimbayu & Sanctuary Mall Bandar Rimbayu telah berlangsungnya FK8 Type R Malaysia Mega Gathering 2020. Ditubuhkan pada Mac tahun 2018, ia merupakan perhimpunan kali ketujuh kelab yang terdiri dari pemilik-pemilik Honda Civic Type FK8 di Malaysia.
Sebanyak 40 unit kereta telah berjaya menghadirkan diri untuk program yang diadakan pada 27 Disember lalu ini. Selain beramah mesra, aktiviti ini juga memberi peluang kepada ahli-ahli melihat dan bertukar-tukar idea serta idea khususnya yang melibatkan modifikasi pada jentera FK8 masing-masing. Ahli-ahli kelab mula berkumpul di Starbuck Bandar Rimbayu sekitar jam 9.00 pagi dan bersarapan bersama-sama.
Pada masa yang sama, turut diadakan adalah sesi berkenalan bersama ahli serta pemilik FK8 baharu. Sebaik sahaja selesai bersarapan lebih kurang pada pukul 10.30 pagi, para peserta berkumpul di Sanctuary Mall Bandar Rimbayu untuk segmen seterusnya iaitu sesi bergambar dan merakam kenangan bersama.
Sekiranya anda berminat untuk menyertai kelab ini, layari laman Facebook mereka di Malaysia FK8 Civic Type R Owners.