Sebagaimana yang telah dikongsi sebelum ini, jenama Lenovo tidak lagi terhad dan sekadar mengeluarkan aksesori kelengkapan komputer juga telefon pintar. Kini, Lenovo telah meluaskan lagi skopnya dengan menceburi bidang audio kereta. Mungkin ramai yang skeptikel apabila mendengar Lenovo sebagai pengeluar audio kereta. Biar betul!
Jangan risau, ini bukan sejenis bentuk penipuan atau barang tiruan sebaliknya produk audio Lenovo didatangkan dengan sijil pengesahan dan sekaligus membuktikan ia benar-benar asli (original). Walaupun masih baharu, Lenovo menyuntik teknologi terkini ke dalam barisan produk keluarannya seperti speaker, underseat subwoofer dan juga DSP amplifier.
Terdapat dua jenis speaker yang ditawarkan Lenovo; speaker coaxial dan speaker komponen. Diperbuat dari material berkualiti tinggi iaitu carbon kevlar. Selain itu, Lenovo turut mengeluarkan underseat subwoofer dan tidak lagi seperti subwoofer konvensional yang bersaiz besar dan memakan ruang malah perlu disambungkan dengan amplifier. Bersesuaian dengan nama, underseat subwoofer ini tidak menggunakan banyak ruang dan boleh diletakkan di bawah tempat duduk.
Apa yang benar-benar menarik perhatian adalah barisan produk DSP keluaran Lenovo. Sudah tentu ramai yang tahu, DSP ini adalah pemproses isyarat digital yang berfungsi untuk melaraskan bunyi dalam sistem audio kereta. Jika dahulu sistem audio tidak lengkap tanpa pre-amp atau crossover, tugas kedua-dua ini telah digantikan dengan DSP yang mempunyai pelbagai fungsi dalam satu!
Bagi makluman, DSP keluaran Lenovo ini didatangkan bersama 31 band equalizer, boleh menala penjajaran masa (time alignment) dan ditala hanya menggunakan aplikasi menerusi telefon pintar. Tidak kira samada anda menggunakan produk audio standard, DSP ini mampu mengangkat prestasi sistem audio kerana ia juga bertindak sebagai amplifier. DSP ini ditawarkan dalam 3 jenis; Music Book Air, Music Book Pro dan Music Book Max.
Music Book Air dilengkapkan bersama built-in amplifier 4 channel dengan 2 channel sub out. Manakala Music Book Pro pula didatangkan dengan built-in amplifier 4 channel dengan 8 channel output secara keseluruhan. Music Book Pro ini sangat sesuai untuk kereta yang dipasangkan dengan banyak speaker seperti talaan 3-way. Bagi Music Book Max pula, ia mempunyai built-ini 8 channel built-in dengan total out sebanyak 12 channel. Ia sesuai dipasangkan dalam kenderaan besar dengan speaker yang banyak seperti Vellfire.
Mungkin ramai khuatir dengan pemasangan DSP yang akan memberi risiko terhadap warranty void khususnya mereka yang berkereta baharu. Tak perlu risau kerana pemasangan DSP ini tidak memerlukan kerja-kerja pemotongan wayar atau kabel. Hanya plug & play. Namun, ia didatangkan berasingan dan anda perlu membeli soket plug & play ini. Bukan itu sahaja, anda juga tidak perlu risau untuk menala DSP ini. Tidak perlu komputer atau kemahiran tahap profesional sebaliknya anda hanya memerlukan aplikasi yang menyediakan penalaan preset!
Menerusi aplikasi ini, anda hanya perlu memilih penalaan yang berkenan di hati serta mengikut citarasa sendiri seperti Rock, R&B, Pop dan banyak lagi. Selain itu, penjajaran masa (time alignment) pun turut disediakan menerusi aplikasi dan anda hanya perlu pilih kereta dan model apa, ia akan bertindak secara auto tune. Satu lagi keistimewaan DSP dari Lenovo ini, ia mempunyai IC yang dipakai dari beberapa kilang terkenal dunia termasuk Rubycon, Texas Instruments dan Asehi Kasei.
Walaupun jenama Lenovo sudah pun terkenal dengan menggunakan teknologi terkini serta bertaraf dunia, kesemua produknya masih dijual pada harga yang berpatutan!
Ketahui lebih banyak produk keluaran Lenovo di sini;
New Technics Car Audio Sdn. Bhd.
Lot 2-40, Jalan SU 7,
Lion Industrial Park, Phase 2,
Persiaran Tengku Ampuan, Section 22,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel : 03 – 5192 0911 / 013-455 4444
Emel : info@ntcaudio.com
Website:
https://www.ntcaudio.com/
Facebook :
https://www.facebook.com/MohawkCarAudio/
Facebook :
https://www.facebook.com/KickerMalaysia/
Facebook :
https://www.facebook.com/NewTechnicsCarAudio/
Lazada :
https://bit.ly/3lFzxFX
Shopee :
https://shopee.com.my/shop/64458542/
Tik Tok :
https://bit.ly/33NGKO5