Sebagaimana yang semua sedia maklum, Lenovo lebih dikenali sebagai pengeluar telefon pintar dan juga komputer riba. Kini, Lenovo melangkah setapak lagi dengan meneroka industri audio dalam kereta. Jadi, anda tidak perlu bingung atau tertanya-tanya tentang keaslian produk audio dari jenama ini kerana ia benar-benar sah, dijamin berkualiti sehebat telefon pintar dan komputer riba keluarannya.
Bagi makluman, Digital Signal Processor (pemproses isyarat digital) yang mengandungi pelbagai fungsi dalam satu dan melengkapi kekurangan khususnya kepada pemain utama yang mempunyai penalaan terhad dan hanya boleh diselaraskan dari segi treble, fader dan lain-lain lagi. Lazimnya, anda perlu menambah beberapa lagi aksesori audio lain termasuk amplifier, crossover atau pre amp. Semua itu tidak perlu dengan DSP ini kerana ia dilengkapi dengan pelbagai fungsi.
DSP dari Lenovo ini ditawarkan dalam 3 jenis khas mengikut tahap pemahaman dan kesesuaian pengguna. Ketiga-tiga model ini ialah Music Book Air (untuk pengguna yang baru bermula), Music Book Air, Music Book Pro dan Music Book Max.
Music Book Air
Sekiranya masih baru berjinak-jinak dalam dunia audio, Music Book Air memang sesuai untuk. Dibina khas untuk para pengguna yang tidak mempunyai sebarang ilmu tentang audio. Music Book Air ini disediakan dengan preset untuk equalizer dan penjajaran masa (time alignment). Para pengguna hanya perlu memilih preset yang bersesuaian. Selain itu, Music Book Air ditawarkan dalam 3 warna iaitu; hitam, kelabu dan merah.
Spesifikasi
4-channel power amplifier output
6-channel RCA output
6 EQ mode
Music Book Pro
Bagi pengguna yang sudah berpengalaman dengan sistem audio boleh memilih Music Book Pro. Mirip dengan Music Book Air, DSP ini didatangkan sekali dengan preset. Ia juga menggunakan komponen yang lebih berkualiti dan menghasilkan output atau bunyi yang lebih baik. Music Book Pro ini ditawarkan dalam 3 warna pilihan; hitam, kelabu dan merah.
Spesifikasi
4-channel power amplifier output
8-channel RCA output
6 EQ mode
Music Book Max
Manakala untuk pengguna yang sangat berpengalaman dan tahu rahsia-rahsia pemasangan sistem audio yang betul, Lenovo menawarkan Music Book Max. Berbanding sebelumnya, DSP ini tidak didatangkan dengan preset dan mempunyai sebanyak 12 channel. DSP Music Book Max ini menggunakan material paling berkualiti. Tidak seperti kedua-dua DSP sebelum ini, Music Book Max hanya ditawarkan dalam warna hitam sahaja.
Spesifikasi
8-channel power amplifier output
12-channel RCA output
6 EQ mode
Kenapa DSP Lenovo berbaloi untuk dimiliki dan perlu ada dalam kereta?
Selain kualiti, harga yang ditawarkan adalah mampu miliki serta berbaloi dengan kualiti. Selain itu, ia juga mudah dipasangkan. Hanya plug & play dan tidak melibatkan sebarang pemotongan wayar sekaligus tidak menjejaskan waranti, didatangkan dalam pelbagai varian dan yang paling penting, mudah digunakan menerusi preset yang disediakan dan banyak membantu khususnya untuk golongan yang baru berjinak-jinak dengan dunia audio kereta.
Sekiranya anda masih belum puas dan ada persoalan tentang DSP keluaran Lenovo, sila hubungi;
New Technics Car Audio Sdn. Bhd.
Lot 2-40, Jalan SU 7,
Lion Industrial Park, Phase 2,
Persiaran Tengku Ampuan, Section 22,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel : 03 – 5192 0911 / 013-455 4444
Emel :info@ntcaudio.com
Website:
https://www.ntcaudio.com/
Facebook :
https://www.facebook.com/MohawkCarAudio/
Facebook :
https://www.facebook.com/KickerMalaysia/
Facebook :
https://www.facebook.com/NewTechnicsCarAudio/
Lazada :
Shopee :
https://shopee.com.my/shop/64458542/
Tik Tok :