Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Jangan suka kecam orang lain jika kita sendiri tak pernah berubah…

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
19/01/2021
in MODIFIKASI, UTAMA

Honda adalah satu jenama terkenal serata dunia. Bukan hanya kereta tapi juga motosikal pun Honda dah buat pelbagai transformasi dalam dunia automotif. Tipulah kalau kita cakap takde orang kenal jenama ni. Satu masa dahulu, jika kita ni salah seorang pengguna Honda sudah boleh dianggap kaya oleh sesetengah netizen. Kalau pakai Honda EX5 pula dianggap mat rempit! Semua tu tanggapan yang kita kena ubah.

Minat terhadap sesuatu jenama itu bukan hanya disebabkan oleh nama sahaja, tetapi atas kualiti dan juga rekaan yang diterapkan pada sesebuah jentera itu sendiri. Tiada istilah kaya atau King kalau kita pakai apa pun yang kita minati. Pucuk pangkal semua pada poket kita sendiri. Banyak duit, macam-macam kita boleh buat. Sama lah macam budak-budak yang main moto sekarang…

Jazz ni sebuah model yang memang ramai peminat dari awal-awal dia keluar lagi. Bentuk cantik, banyak pula barangan aftermarket Jepun keluarkan. Mana la semua orang tak gila nak duk main. GD ni model yang mula-mula sekali keluar dalam pasaran dan sampai sekarang ramai lagi yang masih duk guna. Tunggu jela habis Covid ni, dia punya ‘gathering’ kompem semua keluar dari sarang.

Jazz yang dipaparkan pada kali ini dilahirkan pada tahun 2005. Dah 15 tahun wujud tapi masih lagi nampak cantik sebab tuan dia pandai jaga dan belai. Enjin asal masih lagi 1.5 liter. Tetapi dah dicuit sedikit dengan pemasangan intake manifold Top Fuel serta sistem ekzos stainless steel yang diikatkan dengan muffler N1 dari Spoon untuk tujahan kuasa lebih lawas. Kotak gear semi-auto 7 kelajuan memastikan kuasa pada enjin dapat disampaikan pada bahagian roda dengan sempurna.

Untuk tampak lebih tegap dan hasil kawalan lebih baik, jentera ini dipakaikan dengan suspensi dari jenama Showa. Kaliper Spoon yang dipadankan bersama rotor ‘aftermarket’ memastikan tahap cengkaman untuk memberhentikan jentera ini berada pada tahap yang membanggakan. Untuk belakang, brek standard masih lagi dikekalkan. Tiada masalah.

Untuk dalaman, papan pemuka Fit GD3 lengkap dengan sistem aircond digital dipasangkan. Tempat duduk Recaro SR4 berwarna biru bersedia untuk pemandu dan penumpang hadapan. Stereng dan boss kit Spoon memastikan pemiliknya bersemangat sikit untuk placing aksesori yang ada pada jentera beliau ini.

Kit badan depan, belakang dan sisi jentera ini semuanya dari Type S. bonet belakangnya pula dibalut dengan bahan gentian karbon. Spoiler Spoon GD3 ditenggekkan pada bahagian belakang. Hood depannya pula adalah rekaan kustom untuk kelihatan sama dengan keluaran Spoon. Pilihan roda dan tayar bukan sesuatu yang mudah untuk dibuat oleh pemiliknya. Akhirnya rim Spoon NK388 telah dijadikan pilihan bersama-sama tayar Yokohama Advan Fleva.

Seperti yang diberitahu sebelum ini, untuk melayan selera dalam dunia automotif ini bukan sesuatu yang boleh diambil mudah. Janji ada duit, segalanya boleh selesai. Yang penting ada usaha!

SPESIFIKASI

      • Pemilik – Baxter
      • Pengeluar – Honda
      • Model – Jazz
      • Tahun – 2005
      • Modifikasi Enjin – L15A, Iridium spark plug, stainless steel exhaust system, N1 Spoon muffler, Top Fuel intake manifold
      • Transmisi / Gearbox – Semi-auto/7-speed paddle shift
      • Elektronik / ECU – Stock ECU
      • Ekzos –
      • Suspensi – Absober dan spring sport SHOWA Japan, strut bar 2 point, monkey bar
      • Brek – Spoon caliper dan rotor aftermarket, disc brake standard (belakang)
      • Rim & Tayar – Rim Spoon NK388 (NK Performance), wheel cap oem Spoon, tayar 195/55/15 Yokohama Advan Fleva
      • Dalaman – Dahsboard Fit GD3, aircond digital, seat Recaro SR4 biru (Thailand), Adam’s Digital component+android player, stereng wheel oem Spoon, aftermarket paddle shift, Spoon bosskit, Spoon rear view mirror glass, Dice carpet
      • Luaran – Type S bumper depan dan belakang, side skirt Type S, bonet belakang balut cf, spoiler Spoon GD3, hood cf cutting Spoon.
      • Bengkel – R-Pit Garage, Darry Auto, Type S Garage.

Previous Post

Lenovo Dah Ada Produk Audio Kereta!

Next Post

Usia Berdekad Tanpa Sebarang Cela

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved