Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

LATENS CURTIS

Saiful by Saiful
21/01/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

Secara peribadi, dah makan tahun gua tak jumpa model-model Mazda untuk disembangkan. Mana tah diorang menyorok, bikin gathering pun tak hajak. Tapi persinggahan singkat di Ganu tempohari telah menemukan gua dengan kereta ini, sebuah Lantis 323F yang masih terjaga rapi oleh pemiliknya Ejat.

Lantis menerima sentuhan Ginger (Arnold) Ostle, seorang pereka konsep yang pernah bekerja dengan Porsche sebelum itu. Bagi menarik minat pembeli, ia dimarketkan sebagai coupe 4 pintu, yang sebenarnya masih merupakan sebuah hatchback 5 pintu. Walaupun disambut baik pasaran luar, jumlah jualan di Jepun agak kurang memberangsangkan, memaksa Mazda menghentikan pengeluarannya selepas 3 tahun diperkenalkan.

Tak pasti mengapa Lantis kurang popular ketika itu. Mungkin konsep yang diketengahkan terlalu asing dan sukar diterima. Bagi pemilik tempatan, tempiasnya mula terasa apabila komponen gantian yang diperlukan kian sukar diperolehi. Mujur ia berkongsi komponen dengan beberapa model lain, yang memungkinkan Lantis terus bertahan sehingga kini.

Menurut mata Ejat, kereta ini sebenarnya masih berpotensi untuk dimajukan seperti variasi Mazda yang lain. Bagi sektor luaran, ia telah dipadankan dengan beberapa komponen kustom, meliputi keseluruhan bumper depan, fender serta hood. Nak pakai spoiler Lantis Type-R takut terbang pulak. Sementara pintunya yang tidak berbingkai, dilengkapi visor jenis sambung yang unik.

 

Sistem gantungan menerima tingkat taraf menerusi padanan set suspensi boleh laras Mazdaspeed untuk depan dan HWL di bahagian belakang. Kuasa hentian pulak digantikan dengan set brek dari Lantis V6. Mengisi ruang rodanya adalah rim Rays 16-inci, yang datang bersama tayar gemok Yokohama A-drive bersaiz 205/50R-16 setiap satu.

Kedudukan enjin asal telah digantikan dengan nadi BPD dari Familia GT-R. Memang ini yang terbaek dan sentiasa diburu peminat enjin berprestasi Mazda. Itu pun kalau boleh jumpalah. Memandangkan ia masih sihat sejahtera, keseluruhan komponen dalaman belum lagi diusik, kecuali kerja-kerja port & polish ringan di bahagian kepala silinder.

Peningkatan paling besar berlaku pada sistem pendesak, yang menerima unit turbo siri TD06. Ia diletak mendongak pada sebuah manifold turbo kustom yang turut mengandungi sebuah wastegate Tial 38mm. Janaan boost kemudian dibawa ke unit intercooler EVO IV dengan paip sambungan kustom. Sebaik melalui unit throttle body kustom EVO III, lebihan boost akan dilepas keluar menerusi injap pelepas GReddy Type RS.

Pam bahan api Sard bertugas menyalurkan bekalan petrol kepada set injektor Sard 800cc. Kuasa cucuhan pulak, datang dari unit distributor dan koil EVO III, sebelum diuruskan sepenuhnya oleh unit EMS Haltech E8. Oldskool nih! Hasil akhir dari proses pembakaran, kemudiannya dikeluarkan menerusi binaan paip ekzos sebesar 2.5-inci dengan muffler jenis CF ala superbike dari Megan Racing. Patut bunyik pom-pom-pom…!

Bahagian dalam tampil dengan gaya sebuah kereta 90-an yang sebenar. Nampak ringkas tapi pasti. Papan pemuka dan panel pintu datang dengan kemasan warna hitam, diikuti tambahan stereng Nardi, meter putih dari Lockwood serta tombol gear Mazdaspeed. Paling menjolok mata kehadiran sepasang tempat duduk Mazdaspeed kaler hitam, yang hampir mustahil untuk dibeli zaman ini. Tidak ketinggalan pemasangan meter boost dan suhu GReddy untuk tujuan pemantauan.

Semakin kurang mereka yang memperjuangkan model-model kurang popular seperti ini. Banyak yang sudah tersadai, harga pulak makin merudum. Hanya mereka yang kental ajer sanggup mengekalkan kewujudannya sehingga dikenali generasi akan datang.

 

SPESIFIKASI

  • Pemilik – Nuruddin Izzat (Ejat)
  • Pengeluar – Mazda
  • Model – Lantis 323F
  • Tahun – 1998
  • Enjin Asal – B6 1.6L
  • Modifikasi Enjin – BPD (Familia GT-R), port & polish kepala silinder, cam pulley kustom, penapis udara HKS, turbo TD06, manifold turbo kustom, wastegate Tial 38mm, intercooler EVO IV, paip intercooler kustom, pengawal boost GReddy Profec B, throttle body kustom EVO III, injap pelepas GReddy Type RS, pam bahan api Sard, injektor Sard 800cc, regulator Sard, distributor & koil EVO III, kabel pencucuh Ultra, Haltech E8
  • Transmisi – Kotak gear B6T, klac Triniti
  • Ekzos – Paip 2.5-inci, muffler CF Megan Racing
  • Luaran – Bumper depan, fender & hood kustom
  • Suspensi – Mazdaspeed (depan), HWL (belakang)
  • Brek – Lantis V6
  • Rim & Tayar – Rays 16-inci & Yokohama A-drive 205/50R-16
  • Dalaman – Papan pemuka & panel pintu Lantis V6, stereng Nardi, meter putih Lockwood, tombol gear & tempat duduk Mazdaspeed, meter boost & suhu GReddy
  • Bengkel – Tie Jie Garage & Along Comat

 

Previous Post

LANCER GT CLUB 12th AGM 2019

Next Post

NISSAN SERENA S-HYBRID OWNERS CLUB MEGA GATHERING 2019

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved