Mesyuarat Agung Tahunan Lancer GT Club (LGTC) bagi tahun 2019, telah berlangsung pada 29 November hingga 1 Disember yang lalu di Amerald Resort Hotel, Desaru Johor. Lebih dari 100 orang pemilik Lancer GT telah sama-sama menjayakan acara ini meliputi semua region LGTC seperti Johor Crew, Melaka Crew, Screw, SKVA, KLGT, The Syndicates, Central Squad, Silverstate, Easterngangz Pahang, Terengganu & Kelantan, Labuan Zone, Northern Clan dan Langkawi Crew.
Program ini merupakan acara terbesar LGTC yang diadakan saban tahun. Antara aktiviti menarik yang diatur pada pertemuan kali ini adalah, kunjungan ke Restoran Warong Lobster kepunyaan salah seorang ahli LGTC. Lain-lain aktiviti termasuklah sukaneka, autoshow, juga pemilihan teraju kelab untuk tahun 2020. Kemuncak acara merupakan majlis makan malam, yang diselangselikan dengan sesi cabutan bertuah dan penyampaian hadiah.
Terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian, juga vendor-vendor yang telah bekerjasama menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan LGTC kali ini. Antaranya K1 Exhaust Specialist, Ezzy.my, Rymax Lubricants, Radar Tires, Pakelo Lubricants, Expertee’s, EXN Lube, Carroof Motorsport, Apple Spray Resources, Mah Autoparts, Gerai Jamaliah, Target Orion Star, NanoSTIX, C&R Autocare, CW Auto, Pit & Go, Blitz Eastern, Jaz Stark Autoservice, Onslaught Esterrn, Speed Roof, HC SBS Resources, EON Auto Mart dan Mitsubishi Motors Malaysia. Segala sumbangan yang diberikan amat hargai.