Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Lancar Rangkaian Termaju Bendalir Kenderaan Elektrik

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
20/11/2021
in BULETIN, UTAMA

PETRONAS Lubricants International, anak syarikat PETRONAS yang merupakan pengeluar dan pemasar pelincir global telah memperkenalkan satu lagi pencapaian syarikat dalam inovasi teknologi bendalir dengan melancarkan generasi kedua Bendalir Kenderaan Eletrik (EV) PETRONAS iona di Pusat Penyelidikan & Teknologi Globalnya di Turin, Itali hari ini. Pelancaran yang bertema Accelerating Efficiency, Revolutionising e-mobility merupakan usaha berterusan syarikat ke arah teknologi dan trend terkini dalam ruang e-mobiliti.

Menurut Global EV Outlook 2021 baru-baru ini, pasaran global bagi semua jenis kereta telah terjejas dengan ketara akibat kesan ekonomi yang dibawa oleh pandemik COVID-19. Walaupun pendaftaran kereta baharu konvensional secara keseluruhannya menurun, jualan kereta elektrik global menyaksikan peningkatan sebanyak 70% pada tahun 2020.

“Kami yakin bahawa e-mobiliti sedang berkembang pada kadar yang sangat pantas. Dengan pertumbuhan tersebut, penyelesaian yang inovatif menjadi pemacu bagi mempercepatkan peralihan ke arah e-mobiliti untuk masa depan yang lebih lestari,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PLI, Giuseppe D’Arrigo.

PETRONAS iona yang mula dilancarkan pada tahun 2019, menyasarkan untuk membantu mempercepatkan peralihan dunia ke arah masa depan sifar karbon dengan mengoptimumkan kecekapan tenaga, keselamatan dan prestasi kenderaan elektrik dengan penyelesaian bendalir EV termaju. Sejak itu, pembangunannya telah dicapai sejajar dengan perkembangan teknologi EV.

Generasi kedua PETRONAS iona direka untuk memenuhi pelbagai keperluan dalam Unit Pemacu Elektrik dan E-gandar termasuk kawalan geseran dan kehausan serta pengurusan haba untuk memaksimumkan prestasi, kecekapan tenaga dan kebolehpercayaan kenderaan elektrik berprestasi tinggi.

Langkah ini adalah selaras dengan komitmen PLI terhadap kelestarian yang diumumkan pada pada 2018, di mana 75% daripada pelaburan Penyelidikan dan Teknologinya akan disalurkan untuk ionovasi yang mengurangkan pelepasan karbon. Langkah ini adalah bagi menyokong matlamat yang lebih besar untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050.

Menerajui Inovasi dalam Sektor E-Bendalir
Pengeluar Peralatan Asal (OEM), pembekal Tahap 1 memerlukan peneraju industri dan rakan kongsi pakar yang boleh menyampaikan idea pembaharuan. Tujuannya adalah bagi membantu mereka berada selangkah ke hadapan dalam teknologi dan persaingan yang pesat membangun serta mempercepat penggunaan kenderaan elektrik berprestasi tinggi yang selamat dan cekap tenaga.

Dengan pelancaran PETRONAS iona, PLI mengumpul pakar-pakar terkemuka industri, para OEM dan pembekal melalui sesi PETRONAS EV Fluids Webinar 2021 sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat untuk mempercepatkan kecekapan dan meneruskan usaha kolektifnya ke arah masa depan yang lestari. Webinar itu lanjutan daripada Simposium Bendalir EV PETRONAS pertama yang dihoskan pada tahun 2019 dengan matlamat untuk meneruskan lagi momentum dan perbincangan berkaitan bendalir EV dalam memajukan industri EV.

Webinar ini meliputi tajuk-tajuk termasuk Inovasi Bateri untuk Kenderaan Elektrik hinggalah Kemajuan Terkini dalam Teknologi Bendalir untuk Sistem E-Transmisi oleh para pakar dari industri and PLI.

PLI bekerjasama rapat dengan kumpulan rakan kongsi perintis – termasuk Imperial College London, FEV Group, IAV dan syarikat-syarikat bahan tambahan – sejak tahun 2018 bagi menghasilkan bersama bendalir yang selamat, berprestasi tinggi serta boleh dipercayai khusus untuk kuasa gerak elektrik. Portfolio bendalir EV syarikat yang dibuat khusus untuk aplikasi pelanggan merupakan hasil daripada pendekatan kolaboratif ini.

Mengulas tentang webinar, Giuseppe D’Arrigo berkata, “Pembentangan di webinar ini merupakan beberapa langkah dan kemajuan projek kejuruteraan bersama dalam kalangan rakan industri dan rakan akademik kami. Semua sesi ini didorong oleh satu matlamat yang sama – kelestarian. Webinar ini menjadi bukti bahawa kami telah melangkah setapak lagi ke hadapan, memasuki era baharu dalam perjalanan kami ke arah memajukan mobiliti elektronik untuk masa depan yang lebih hijau dan lestari.”

“Dengan peningkatan jualan EV dan kemunculan peluang pasaran dalam segmen ini, kami berusaha untuk terus bekerjasama dengan rakan kongsi dan rakan peneraju industri kami dalam memperjuangkan e-mobiliti melalui Fluid Technology Solutions™ kami yang menyeluruh,” tambah Giuseppe D’Arrigo pada pelancaran semalam.

Sejak sedekad yang lalu, usaha-usaha kelestarian menjadi tumpuan, terutamanya selepas kemunculan pandemik global. Oleh yang demikian, usaha ke arah e-mobiliti merupakan langkah yang dialu-alukan untuk perniagaan dan pelbagai sektor di seluruh dunia. Kemajuan bendalir EV generasi kedua PETRONAS iona menjadi bukti kepada usaha PLI dalam mengubah e-mobiliti ke arah masa depan yang lebih hijau dan lestari.

 

Previous Post

4,303 Unit Ditempah Dalam Tempoh 9 Hari!

Next Post

Projek Titan Dimulakan Sejak 2014 Tetapi Apple Masih Enggan Beri Sebarang Komen

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved