Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

4,303 Unit Ditempah Dalam Tempoh 9 Hari!

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
19/11/2021
in BULETIN, UTAMA

Perodua melancarkan Myvi Baharu pada malam semalam dengan 4,303 tempahan berjaya dikumpulkan dalam tempoh 9 hari dengan penghantaran serta merta pada keesokan harinya.

Myvi Baharu yang menelan belanja RM50 juta untuk dibangunkan, mempunyai teknologi canggih, ciri keselamatan pintar yang dipertingkatkan, penjimatan bahan api yang lebih baik, penampilan baharu yang ‘sporty’ serta warna baharu.

“Kami berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia terutama para pelanggan kami atas sokongan yang diberikan kepada Perodua dan Myvi Baharu,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Beliau berkata Perodua menjangkakan untuk mendaftar 6,000 unit setiap bulan, yang mana ini membolehkan syarikat kereta kompak itu mengekalkan kecenderungan jualan Myvi pada masa akan datang.

“Myvi telah menarik perhatian rakyat Malaysia dan telah diterima secara meluas oleh masyarakat. Tawaran baharu ini adalah untuk memastikan para pelanggan kami yang dihargai memperolehi nilai yang terbaik,” kata Dato’ Zainal.

Varian Myvi Baharu termasuk 1.5 liter AV (Advance), varian 1.5 liter H, varian 1.5 liter X , 1.3 liter G dan 1.3L G (Basic).

Harga Myvi Baharu dari RM45,700 hingga RM58,800 (Senarai harga penuh ada di muka surat 3 siaran media ini dan hanya untuk Semenanjung Malaysia, tanpa insuran dan tidak termasuk Cukai Jualan)

Pelancaran varian baharu ini adalah dalam tempoh minggu yang sama dengan pelancaran Myvi generasi ketiga iaitu pada 16 November 2017. Myvi yang mula diperkenalkan pada Mei 2005 telah terjual kira-kira 1.3 juta unit setakat ini dan daripada jumlah tersebut, Myvi generasi ketiga terjual sebanyak 277,329 unit.

Perubahan ketara pada Myvi termasuk penambahbaikan dalam sistem keselamatannya, menampilkan sistem Perodua Smart Drive Assist (PSDA), yang direka dengan mengambilkira keselamatan pemandu dan pejalan kaki.

PSDA mempunyai empat ciri; Bantuan Pemanduan Selamat (ASA); Bantuan Pemanduan; Bantuan Letak Kenderaan dan Bantuan Lampu Utama.

Ciri-ciri penuh ini boleh didapati dalam varian AV, yang melayakkannya menjadi kereta dengan teknologi Autonomous Level 2. (Lihat brosur yang dilampirkan untuk spesifikasi untuk semua varian).

“Ini adalah pertama kali dalam sejarah Malaysia, syarikat kereta menawarkan kereta dengan teknologi Autonomi Tahap 2 di bawah harga RM60,000,” kata Dato’ Zainal.

Semua varian di bawah Myvi Baharu akan menampilkan transmisi baharu iaitu Dwi-mod CVT (Continuous Variable Transmission), menggantikan transmisi 4-kelajuan.

“Dwi-mod CVT ini akan meningkatkan lagi kecekapan transmisi, ringan dan bersaiz kompak, memberikan lebih kuasa pecutan dan lancar pada kelajuan rendah serta menjadikan kenderaan lebih senyap selain meningkatkan kecekapan bahan api,” kata Dato’ Zainal.

Beliau berkata, dengan penambahbaikan ini, Myvi Baharu mampu mencatatkan peningkatan sebanyak 5% atau tambahan 1km bagi setiap liter bahan api serta 20% pecutan yang ditambahbaik.

“Peningkatan kecekapan bahan api Myvi Baharu adalah komitmen kami ke arah mengurangkan impak kepada alam sekitar dan usaha kami ke arah matlamat untuk menjadi sebuah organisasi karbon neutral,” kata Dato’ Zainal.

Myvi Baharu juga menampilkan warna baharu iaitu Cranberry Red, yang hanya tersedia untuk varian AV. Warna lain termasuk Ivory White, Glittering Silver, Lava Red (tidak tersedia untuk AV), Granite Grey dan Electric Blue. (Sila lihat ilustrasi yang dilampirkan)

Mengenai prospek industri keseluruhan tahun ini, Dato’ Zainal berkata cabaran yang dibawa oleh pandemik COVID-19 masih ada dan memberi kesan kepada pengeluaran kenderaan yang kerap tergendala untuk menghentikan penyebaran virus itu.

Kekurangan bekalan cip semikonduktor juga masih menjadi isu bagi para pengeluar di seluruh dunia kerana pembuat cip bergelut untuk bersaing dengan permintaan, tambah beliau.

“Cabaran-cabaran ini telah menjejaskan jumlah pengeluaran kami; kami tidak dapat mendedahkan berapa banyak impak pada masa ini tetapi cukup untuk kami nyatakan bahawa Perodua tidak akan dapat mencapai sasaran jualan 214,000 kenderaan yang ditetapkan sebelum ini,” kata Dato’ Zainal.

“Walaupun begitu, permintaan untuk kenderaan kami masih sihat dengan jumlah pesanan yang besar serta jangkaan permintaan yang kuat pada masa hadapan berikutan pengecualian cukai jualan yang berterusan. Oleh sebab itu, kami menjangkakan kedua-dua pengeluaran dan jualan akan menjalani pemulihan yang mampan pada tahun hadapan,” jelas Dato’ Zainal.

Sementara itu, Perodua juga turut memperkenalkan satu lagi perkhidmatan langganan kenderaan merangkumi semua nilai tambah yang dipanggil Perodua EZ MOBi yang mana perkhidmatan ini akan membantu syarikat-syarikat menguruskan fleet kenderaan mereka dari perolehan, servis dan penggantian fleet.

“Pada dasarnya, EZ MOBi ini mewakili sumbangan nilai Perodua terhadap keperluan mobiliti para pelanggannya yang semakin meningkat. Pakej keseluruhan termasuk pendaftaran kenderaan, pembaharuan insuran, kos servis, kos penggantian alat ganti, kereta ihsan, pelupusan kenderaan dan penggantian di bawah satu pelan langganan,” kata Dato’ Zainal.

“Tawaran nilai perkhidmatan ini ialah Perodua EZ MOBi menyediakan kemudahan berbentuk hujung ke hujung (end-to-end) kepada para pelanggan kami kerana pelbagai pakej tersedia untuk memenuhi keperluan mobiliti setiap daripada mereka,” tambah Dato’ Zainal.

Salah satu keunikan Perodua EZ MOBi ialah pelan langganannya memfaktorkan semua kos untuk milikan dan pengendalian kenderaan kecuali penggunaan bahan api.

Buat masa ini, perkhidmatan baharu ini tersedia di Lembah Klang dan hanya untuk entiti-entiti perniagaan dan agensi-agensi kerajaan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Perodua di www.perodua.com.my

Previous Post

Antara Jenama Yang Kerap Disalah Eja!

Next Post

Lancar Rangkaian Termaju Bendalir Kenderaan Elektrik

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved