Anda tahu sebut macam-macam jenama terkenal tetapi tidak semestinya tahu ejaan sebenar terutamanya syarikat kereta. Bila membuat carian berkaitan dengan kereta kegemaran, ada yang salah eja. Puas cari Porsh atau Porsch walhal ejaan sebenarnya adalah Porsche, pengeluar kereta dari Jerman yang dimiliki oleh Volkswagen.
Menurut Money.co.uk, sebuah broker kredit atas talian dan servis perbandingan, mengkaji analisa Ahref secara atas talian untuk melihat jenama-jenama yang paling banyak disalah eja oleh pengguna di internet. Pasukan di Money.co.uk ini menjadi rujukan kepada Forbes, LoveMoney dan YouGov untuk membuat senarai komprehensif jenama-jenama terbesar di dunia. Mereka melihat nama-nama ini menerusi Ahref Keywoord Explorer Tool untuk melihat kekerapan kesalahan ejaan di antara September tahun 2020 sehingga Oktober 2021 apabila pengguna internet membuat carian di Google GOOGL.
Hasil carian mendapati, ramai mengalami masalah untuk mencari nama-nama syarikat kereta iaitu sebanyak 7 nama dari dari 20 jenama yang paling kerap disalah eja menerusi laporan yang disediakan oleh industri automotif. Lebih menarik, tiga jenama telah berjaya menduduki senarai teratas senarai ini yang didahului oleh Hyundai dengan 605,000 carian dengan ejaan yang salah dalam sebulan. Kebanyakannya mencari Hundai (581,000 carian sebulan) atau Hiundai (24,000 carian sebulan).
Ini diikuti kereta sport Lamborghini dengan kesalahan ejaan sebanyak 365,000 sebulan. Kesalahan ejaan sering kali berpunca kekeliruan di antara huruf H dan huruf R. Antara kesalahan ejaan yang kerap dilakukan adalah Lamborgini (351,000 carian sebulan) dan Lambogini (14,000 carian sebulan).
Di tempat ketiga pula menjadi milik Ferrari dengan masalah yang melibatkan huruf R – perkataan Ferari telah dicari sebanyak 123,000 dalam sebulan!
Sumber : MarketWatch