Sebanyak 25 buah kenderaan telah diuji oleh barisan juri untuk 2022 MotorTrend Car Of The Year dan hanya tujuh buah kereta dan sembilan buah SUV telah disenarai pendek. Lucida Air dan Genesis GV70 berjaya muncul sebagai pemenang bagi kategori Car Of The Year dan SUV Of The Year.
Antara finalis yang terpilih untuk kategori kereta termasuk Mercedes-Benz EQS, Honda Civic, Hyundai Elantra, Toyota GR 86, Porsche Taycan, Mercedes-Benz S-Class, dan Lucid Air. Manakala untuk kategori SUV pula terdiri daripada Ford Bronco, Ford Bronco Sport, Ford Mustang Mach-E, Genesis GV70, Jeep Grand Cherokee L, Jeep Grand Wagoneer, Jeep Wrangler 392 and 4xe, Kia Sorento dan VW ID.4. ,
MotorTrend merupakan penerbitan pertama yang berpeluang menguji Lucid Air dan terpukau dengan kehebatannya. Dilengkapi powertrain yang kompleks, tiada mana-mana EV lain yang mampu menandingi kehebatan Lucid Air. Malah, varian Dream Edition Range boleh dipandu sehingga 836km untuk sekali pengecasan per EPA.
Seterusnya, Genesis GV70 yang tergolong dalam segmen SUV premium dan ia bukan satu perkara yang mudah kerana persaingan yang sengit tetapi GV70 tetap berjaya menonjol. Rekaan eksterior dan interior yang cemerlang antara salah satu faktor menyebabkan kemenangan berpihak kepada Genesis GV70.
Sumber : Carscoops / MotorTrend