Sejak kelonggaran merentas negeri diumumkan, rakyat Malaysia sudah membuat perancangan untuk bercuti dan ada juga yang telah pun melancong ke destinasi popular dalam negara. Justeru itu, Shell Malaysia mahu menjadi sebahagian kegembiraan para pelanggannya dengan memberikan ganjaran baucer RM5 Shell untuk setiap 200 mata standard BonusLink yang dikumpul di stesen-stesen Shell seluruh negara bermula dari November sehingga Disember ini. Kempen ‘Every Little Point Counts’ bermula dari sekarang dan berakhir pada 31 Disember 2021. Setiap 200 mata yang dikumpulkan akan menerima baucar ganjaran sekali untuk setiap bulan iaitu pada November dan Disember.
Para pelanggan boleh mempercepatkan koleksi mata BonusLink dengan mendapatkan keperluan perjalanan di mana-mana stesen Shell. Samada besar atau kecil, setiap transaksi di stesen Shell akan menerima mata BonusLink. Ini termasuklah mengisi petrol, membeli snek atau kuih-muih, minuman Costa Coffee yang panas dan apa juga yang diperlukan untuk menjadikan percutian hujung minggu menjadi lebih sempurna.
Pelanggan hanya perlu swipe kad BonusLink atau guna aplikasi BLINK dengan mana-mana pembelian di stesen Shell dan mula mengumpul mata BonusLink. Sebaik sahaja pelanggan mengumpulkan 200 mata standard BonusLink, baucer RM5 akan dihantar kepada mereka di aplikasi BLINK atau emel yang telah didaftarkan dengan BonusLink. Baucar boleh digunakan terus di mana-mana stesen Shell seluruh negara.
Dengan mata BonusLink dan e-baucar yang terkumpul, pelanggan boleh menebus hidangan istimewa untuk mata BonusLink serendah 100 mata. Ini termasuk sosej Deli2go Firecracker, Vanilla Sultana roll, Shell Select Keropok Ikan dan macam-macam lagi.
Singgah atau kunjungi stesen Shell berhampiran dan mula kumpul mata BonusLink. Pelanggan yang mahu mendaftar BonusLink boleh berbuat demikian di mana-mana stesen Shell di seluruh negara atau daftar dengan memuat-turun aplikasi BLINK dari Apple App Store dan Google Play Store. Pengguna kali pertama akan mendapat baucar Shell RM4 dan 100 mata BonusLink sebagai tawaran Selamat Datang!