Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Dreamshop dan PolicyStreet.com Bekerjasama Untuk Menawarkan Pembelian Dan Pembaharuan Insurans Kereta Dalam Talian Yang Pantas, Selamat Dan Mudah!

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
12/11/2021
in BULETIN, UTAMA


Dreamshop.com.my, platform e-dagang yang menempatkan lebih daripada satu bilion produk, bersama Syarikat Permulaan Teknologi Insurans, PolicyStreet.com mengumumkan kerjasama pertama dalam pasaran yang menawarkan insuran Pelan Pembayaran Ansuran kereta 0% tanpa-faedah dengan sepuluh (10) syarikat insurans menerusi (10) bank utama di Malaysia. Dreamshop & PolicyStreet ‘Car Insurance Made Easy’ bakal merevolusikan kaedah buat pemilik kereta di Malaysia dalam membandingkan sebut harga daripada syarikat insurans, membeli, memperbaharui dan membayar insurans kereta, semuanya dilakukan secara atas talian yang boleh dilakukan dari mana-mana sahaja.

Rosalie Lin, Ketua Pegawai Eksekutif DCR Marketing, syarikat induk Dreamshop.com.my berkata, “Kemudahan pembelian insurans dalam talian dengan Pelan Pembayaran Ansuran 0% tanpa faedah ini adalah yang pertama seumpamanya di pasaran. Sebagai platform e-dagang yang ingin menjadikan impian pelanggan kami satu kenyataan, kami sentiasa berusaha merealisasikan pembelian impian mereka melalui Dreamshop.”

“Kerjasama ‘Car Insurance Made Easy’ dengan PolicyStreet merupakan satu peristiwa penting untuk Dreamshop kerana ia menandakan sambungan tawaran kami dalam bidang Perkhidmatan. Pengalaman membeli dan memperbaharui insurans motor akan direvolusikan dengan pelancaran ‘Car Insurance Made Easy’, yang semuanya boleh dilakukan serta-merta secara digital dengan Pelan Pembayaran Ansuran 0% sehingga 36 bulan dengan sepuluh bank utama di Malaysia. ”

“Di PolicyStreet.com, kami berusaha untuk menyediakan penyelesaian insurans alternatif yang lebih mudah dan berpatutan untuk pelanggan kami. Hari ini, kami bekerjasama dengan lebih daripada 40 penyedia insurans dan takaful di Malaysia yang menawarkan kaedah dan pilihan terbaik untuk pelanggan kami. Bersama dengan Dreamshop, kini kami menawarkan kemampuan ke tahap seterusnya dengan membenarkan pelanggan kami membeli insurans dengan Pelan Pembayaran Ansuran. Kerjasama ini dilihat tepat pada masanya kerana kita kini berada di fasa pemulihan pandemik Covid-19 dan kami ingin meringankan beban kewangan buat pelanggan kami yang terkesan,” kata Yen Ming Lee, Ketua Pegawai Eksekutif PolicyStreet.com.

Sepuluh (10) polisi insurans kereta komprehensif yang tersedia di Dreamshop.com.my ialah AXA Affin General Insurance Berhad, Berjaya Sompo Insurance Bhd, Tune Protect Group Berhad, Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad, Pacific & Orient Insurance Co. Bhd, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, MSIG Insurance Berhad, RHB Insurance Berhad, Zurich General Insurance Malaysia Berhad dan Etiqa General Takaful Berhad.

Pelancaran ‘Car Insurance Made Easy’ juga membolehkan pemilik kenderaan persendirian memperbaharui dan mendapatkan nota perlindungan insurans mereka dalam tempoh 24 jam pada hari bekerja. Tambahan pula, pelanggan kini boleh memilih pembaharuan cukai jalan sebagai perkhidmatan tambahan pada kadar rata melalui platform insurans kereta dan salinan fizikal akan dihantar kepada mereka, semuanya dilakukan dengan hanya beberapa klik saja.

Sepuluh (10) bank yang menawarkan Pelan Pembayaran Ansuran 0% tanpa faedah di Dreamshop.com.my termasuklah Malayan Banking Bhd, United Overseas Bank (M) Bhd, CIMB Bank Bhd, HSBC Bank Malaysia Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Public Bank Bhd, RHB Bank Bhd, AmBank (M) Bhd, Standard Chartered Bank dan OCBC Bank (Malaysia) Bhd.

Dreamshop & PolicyStreet ‘Car Insurance Made Easy’ menerima kad kredit daripada kebanyakan bank-bank utama di Malaysia. Bayaran minimum untuk 6 bulan ialah RM500 (kecuali CIMB RM600), manakala bayaran minimum untuk 12 bulan ialah RM1,000 (kecuali CIMB RM1,200). Sila rujuk senarai penuh di bawah:

Layari www.dreamshop.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Dreamshop & PolicyStreet ‘Car Insurance Made Easy’ atau untuk mula membeli Pelan Pembayaran Ansuran 10% tanpa faedah anda hari ini!

Ikuti laman Facebook Dreamshop www.facebook.com/dreamshop.com.my/ dan akaun Instagram www.instagram.com/dreamshop.com.my/?hl=en untuk lebih banyak kemas kini, peraduan dan promosi yang menarik.

Previous Post

Kumpul 200 Mata Standard BonusLink, Nikmati Ganjaran Baucar Shell RM5

Next Post

Bakal Berentap Dengan Para Finalis, Rebut Gelaran Juara Di Pusingan Global Virtual Finale

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved