Dibuka untuk tempahan di semua wakil pengedar Honda seluruh negara. All-New City Hatchback ini menampilkan faktor terbaharu dengan nilai unik khususnya dalam jenis hatchback yang lebih bergaya. Berkonsepkan hatchback bertenaga, model ini merupakan kombinasi gaya terbaharu dan penampilan yang lebih sporty. Sesiapa sahaja yang memandang, pasti akan menoleh dengan gaya memukau serta ciri-ciri terkini apabila dilancarkan di Malaysia.
Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata bahawa pengenalan All-New City Hatchback ini merupakan kunci penting untuk Honda di Malaysia memandangkan ia kali pertama syarikat tersebut menawarkan Hatchback untuk model City.
Sebagaimana yang diketahui, Hatchback dikenali kereta rekaannya yang menarik dan sporty dalam saiz yang kompak, sekaligus memberikan gambaran bahawa ia sebuah kereta yang mudah dipandu ke mana-mana sahaja. Tambahan pula, kereta hatchback di era baharu ini dibangunkan untuk memberikan prestasi optimum berbanding sedan mahupun SUV. Honda Malaysia menawarkan para pelanggan dengan prestasi tork kelas terbaik dalam kelasnya begitu juga dengan ciri-ciri teknologi terkini yang didatangkan bersamanya. Kesemuanya dilengkapkan ke atas model All-New City Hatchback yang sporty dan bergaya ini.
Tambah cik Chujo lagi, hatchback bukan satu segmen yang baharu untuk Honda di Malaysia kerana ia pernah popular dengan Jazz yang diperkenalkan pada tahun 2003 dan terjual lebih 122,000 unit setakat hari ini. Sebagaimana yang diketahui, Jazz dikenali kerana praktikal dan serba boleh, malah ia model yang cukup popular sebagai kereta urban paling digemari di Malaysia. Dengan memperkenalkan All-New City Hatchback, beliau percaya ia akan menaikkan penanda aras seterusnya menjadi satu lagi game-changer di pasaran dan menjadi kereta hatchback paling digemari di Malaysia.
Ditawarkan dalam dua rangkaian kuasa – e:HEV and Petrol. All-New City Hatchback RS e:HEV dikuasakan oleh rangkaian kuasa Multi-Mode Drive (i-MMD) pintar 1.5L Sport yang memberikan kuasa yang hebat dan respons pantas menerusi dua motor elektrik untuk kecekapan dan pemanduan yang mudah. Selain itu, e:HEV menampilkan sistem hybrid unik Honda, berfungsi dengan lancar menggabungkan kelebihan enjin petrol dan motor elektrik untuk memberikan kuasa dan kecekapan bahan api. Rangkaian kuasa terkini ini memberikan 109PS dan tork 253Nm bersamaan dengan prestasi tork segmen D.
Manakala, All-New City Hatchback Petrol dilengkapi dengan rangkaian kuasa 1.5L DOHC i-VTEC yang menghasilkan rangkaian kuasa tertinggi dalam kelasnya iaitu 121PS, dan tork maksima 145Nm, menawarkan prestasi mengujakan dengan keseimbangan yang sangat ideal serta kecekapan bahan api untuk jenis hatchback.
Berbekalkan rekaan serba baharu yang cemerlang dan bertenaga, All-New City Hatchback tampil lebih sporty dan dalam masa yang sama, premium dengan konsep gaya hidup yang menyasarkan golongan muda dalam pasaran. Bagi penampilan yang eksklusif, All-New City Hatchback RS e:HEV dipakaikan High-Gloss Piano Black Front Grill, Black Solid Wing dan Gloss Black Door Mirrors, untuk memberi ekspresi warna dua ton. Bampar belakang direka khusus untuk hatchback dan dilengkapi diffusor sofistikated yang membuatkan bahagian belakang tampak lebih ringan, aktif dan muda. Bahagian eksterior RS e:HEV dan varian V akan menerima lampu utama LED dengan LED Daytime Running Lights (DRL), LED Front Fog Lights, LED Rear Combi Lights serta dimuatkan dengan rim aloy 16-inci yang melengkapi penampilan kereta ini.
Ciri-ciri yang sangat didambakan dan popular serta sinonim dengan Honda Jazz, kini boleh didapati pada All-New City Hatchback iaitu 4-Modes ULTRA Seats. Ciri yang praktikal dan versatile ini pertama dalam kelasnya yang membolehkan tempat duduk belakang dilipatkan atau dinaikkan dalam konfigurasi 4 mode; Utility, Long, Tall dan Refresh untuk disesuaikan mengikut keperluan ruang penyimpanan dengan memaksimakan ruang belakang dengan lebih kreatif.
Selain itu, ia turut dilengkai dengan Remote Engine Start (RS e:HEV & V), yang memberikan kemudahan tambahan, membolehkan pemandu mengaktifkan enjin dan penghawa dingin menggunakan alat kawalan jauh sebelum memasuki kereta. Pengudaraan penghawa dingin di bahagian belakang memberikan keselesaan serta kemudahan kepada penumpang di tempat duduk belakang, tambahan kepada ciri-ciri seperti Electric Parking Brake (EPB) yang membolehkan pemandu mengaktifkan atau nyahaktif brek parking dengan mengangkat dan menekan butang dan ianya eksklusif untuk RS e:HEV.
Dibangunkan oleh Honda untuk mencapai objektif “Safety for Everyone” (keselamatan untuk semua), All-New City Hatchback adalah model pertama dalam segmennya yang menawarkan pakej paling sempurna Next Generation Advanced Safety Technology – the Honda SENSING. Sistem keselamatan terkini menggunakan kamera hadapan dengan sudut luas untuk mengenalpasti sempadan jalan dengan lebih baik ketika waktu siang dan juga malam. Sistem keselamatan bantuan memandu Honda SENSING yang ada pada All-New City Hatchback RS e:HEV ini termasuk:
1. Adaptive Cruise Control (ACC)
2. Collision Mitigation Braking System (CMBS)
3. Forward Collision Warning (FCW)
4. Lane Keep Assist System (LKAS)
5. Road Departure Mitigation (RDM)
6. Lane Departure Warning (LDW)
7. Auto High Beam (AHB)
Segmen tambahan yang pertama untuk keselamatan pada All-New City Hatchback ini adalah Honda LaneWatch (RS e:HEV & V), kamera keselamatan berteknologi tinggi untuk mengurangkan titik buta dengan memberikan visual masa sebenar pada sistem infotainment apabila lampu isyarat kiri diaktifkan atau butang LaneWatch ditekan.
Untuk maklumat lebih lanjut atau membuat tempahan untuk All-New City Hatchback, para pelanggan boleh melawat bilik-bilik pameran Honda di seluruh negara atau hubungi Honda Malaysia 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my atau muat-turun aplikasi HondaTouch hari ini.