Fleksibiliti, inovasi dan personalisasi, merupakan faktor-faktor asas yang menjadi pantuan makmal servis personal Maserati dalam membangunkan servis baharu didedikasikan khas untuk para pelanggannya. Baru-baru ini, Maserati melancarkan program baharu, Extra 10 Warranty yang bertujuan untuk memberikan perlindungan yang lebih untuk komponen trenkuasa termasuk enjin, kotak gear dan juga transmisi sehingga kereta mencecah usia 10 tahun!
Bagi makluman, ia merupakan penawaran tambahan untuk program sedia ada bagi melanjutkan tempoh waranti kepada empat atau lima tahun (dikenali sebagai Waranti Lanjutan). Program ini diberikan kepada semua pemilik mana-mana model Maserati di seluruh dunia.
Servis terbaharu Maserati ini memberikan para pelanggan dengan tawaran inovatif, menambahkan nilai dari segi terma fleksibiliti tanpa tandingan khususnya dalam dunia automotif. Ciri-ciri baharu yang terbesar untuk jenama ini, menyasarkan kombinasi nilai kereta serta urusan yang memudahkan dengan menggabungkan prestasi tertinggi serta keseronokan pemanduan yang tipikal untuk semua kereta Trident.
Sekiranya anda pemilik Maserati, kunjungi wakil pengedar berhampiran untuk menyemak samada model kereta anda tersenarai dalam skim dan menerima infomasi untuk mengaktifkan servis ini. Wakil pengedar juga akan memberitahu tentang servis tambahan yang turut didatangkan dalam program Extra10 Warranty termasuk servis pengambilan dan penghantaran di rumah anda serta banyak lagi.