Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Berakhirnya Legasi 24 Tahun, Menamatkan Era Sedan Jepun!

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
07/08/2022
in BULETIN, UTAMA

Satu demi satu bakal menamatkan pengeluaran termasuklah sebuah lagi model sedan dan kali ini, datangnya dari Jepun. Nissan Maxima dikatakan bakal menghentikan pengeluaran di pertengahan tahun 2023. Ia juga bermakna, berakhirnya legasi flagship empat pintu Nissan yang telah pun mencecah usia 42 tahun.

Menurut satu laporan Motor1, jurucakap Nissan telah mengesahkan berita tersebut dan mengeluarkan kenyataan berikut; Maxima merupakan salah satu plat nama Nissan dan pada 3 Ogos lalu, satu pengumuman telah dibuat kepada para pekerja, pembekal dan juga wakil pengedar bahawa generasi terkini Maxima bakal menamatkan pengeluarannya di pertengahan tahun 2023.

Sebagai sebahagian rancangan Nissan untuk tahun 2030, syarikat kini memberikan keutamaan terhadap kenderaan elektrik dan teknologi terkini. Dijangkakan pada tahun 2030, 40 peratus jualan kenderaan Nissan dari kenderaan elektrik penuh. Tambahan pula, pada tahun ini Nissan telah mengumumkan dua model elektrik penuh di Canton di kilang Mississippi.

Bagi makluman, Nissan Maxima membuat penampilan pertamanya pada tahun 1980 untuk model tahun 1981, pada awalnya di bawah jenama Datsun. Dilengkapi dengan kuasa 6-silinder dan RWD, disediakan dalam varian sedan atau station wagon. Generasi kedua memperkenalkan varian FWD yang turut memakai jenama Nissan dan kekal sepanjang hayatnya. Sentiasa dikenali dan dianggap sebagai sebuah model sport sedan, Maxima mencapai zaman kegemilangan atau kemuncaknya pada tahun 1990-an dan awal 2000 menerusi model generasi keempat dan kelima yang menawarkan kuasa V6 dan transmisi manual.

Generasi terkini Maxima membuat penampilan pertamanya pada tahun 2015, dilengkapi dengan enjin yang menghasilkan 300hp serta dipadankan bersama CVT (continuously variable transmission). Namun begitu, jualan Maxima mencatatkan penurunan ekoran perubahan permintaan pasaran yang cenderung memilih SUV dan crossover. Jualan Maxima bertambah teruk beberapa bulan kebelakangan ini. Hanya 3,753 unit berjaya dijual pada pertengahan pertama tahun 2022, penurunan sebanyak 62 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Adakah kebarangkalian Maxima kembali semula sebagai sebuah model EV di masa hadapan? Mungkin tetapi kenyataan buat masa ini, sudah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada salah sebuah sedan yang pernah diminati ramai.

Sumber : Motor1

Previous Post

Khas Untuk Pengguna Yang Memiliki Mana-mana Model Maserati, Di Seluruh Dunia!

Next Post

Tujuh Cara Ford Ranger Generasi Baru

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved