Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Perodua Alza Serba Baharu Terima Tempahan Sebanyak 39,000 Sejak Tempahan Dibuka

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
05/08/2022
in BULETIN, UTAMA

Permintaan bagi kenderaan keluaran Perodua masih kukuh dan setakat ini telah menerima sebanyak 24,265 tempahan pada bulan Julai. Walaupun cukai jualan bagi kenderaan baharu diperkenalkan semula pada 1 Julai 2022, jualan Januari hingga Julai juga amat memberangsangkan dengan peningkatan sebanyak 48.7% kepada 145,689 unit berbanding 97,945 unit yang dijual pada jangkamasa sama pada tahun lepas.

“Terdapat dua faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jualan ini. Faktor pertama disebabkan oleh permintaan yang tinggi bagi kenderaan kami kerana pembeli ingin mendapat harga pelepasan cukai jualan yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan.”

“Faktor kedua merupakan kesan penutupan hampir kesemua sektor pada bulan Jun hingga pertengahan Ogos 2021 bertujuan untuk membendung wabak Covid-19 pada masa itu,” Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata.

Beliau berkata bilangan tempahan kenderaan baharu, walaupun tidak setinggi prestasi Januari hingga Jun tahun ini, adalah lebih baik daripada apa yang dijangkakan. Tambahan beliau, ini membuktikan bahawa industri automotif masih ada potensi yang cerah.

Dato’ Sri Zainal berkata Perodua Alza Serba Baharu juga telah menerima tempahan yang tinggi. Secara keseluruhannya model baharu Perodua telah menerima tempahan sebanyak 39,000 sejak tempahan dibuka dan menerima sebanyak 9,000 unit pada bulan Julai.

Ketika pelancaran model ini, Dato’ Sri Zainal berkata Perodua mensasarkan jualan sebanyak 3,000 unit sebulan.

“Walaupun angka jualan kami sehingga kini kukuh, namun masih lagi terdapat beberapa isu yang belum selesai seperti kekurangan tenaga kerja dan bekalan cip semikonduktor yang masih belum stabil.”

“Akibat daripada isu-isu ini, jualan bulanan kami merosot sebanyak 13.3% kepada 18,346 pada bulan Julai berbanding 21,164 kenderaan yang dijual pada bulan Jun lepas,” ujar Dato’ Sri Zainal.

Beliau berkata pihak Perodua sedang bekerja rapat dengan kerajaan untuk mengatasi isu kekurangan pekerja dalam sektor automotif pada awal Ogos ini dan dengan ini Perodua dapat beroperasi sepenuhnya.

“Manakala dalam isu kekurangan bekalan cip semikonduktor pula, kami telah mendapat bekalan secukupnya untuk kami mengeluarkan dan mendaftar lebih daripada 247,800 unit yang kami sasarkan pada awal tahun ini. Walaupun begitu, kami masih dalam usaha menstabilkan peningkatan pengeluaran kami. Ini bermaksud kami hanya akan mengumumkan sasaran jualan baharu kami pada tarikh kemudian” kata Dato’ Sri Zainal.

Beliau berkata jumlah jualan industri automotif tahun ini juga berpotensi untuk melebihi sasaran 630,000 unit yang telah diumumkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) baru-baru ini.

“Hampir kesemua jenama kenderaan di negara ini menerima tempahan yang banyak kerana para pelanggan ingin mendapat initiatif pengecualian cukai jualan dan saya percaya industri automotif dapat melepasi unjuran tambahan 30,000 unit yang diumumkan oleh MAA,” Dato’ Sri Zainal berkata. MAA telah meningkatan sasaran jualan tahun 2022 kepada 630,000 unit, peningkatan 30,000 unit daripada sasaran asal badan itu.

Previous Post

Beri Takrifan Berbeza Sebagai Sebuah Kenderaan Gaya Hidup Menyeluruh

Next Post

Khas Untuk Pengguna Yang Memiliki Mana-mana Model Maserati, Di Seluruh Dunia!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved