Salah satu kereta mikro elektrik baharu yang menjadi kegemaran khususnya di beberapa tempat di US, Citroen Ami sudah bersedia untuk dilancarkan di UK dengan model baharu edisi istimewa. My Ami Tonic menampilkan skema warna eksterior unik iaitu khaki dan kuning termasuk penutup rim bespoke.
Walaupun tidak mampu menampung kotak kargo, My Ami Tonic ini didatangkan dengan hiasan roof rail baharu. Selain itu, model edisi istimewa ini dilengkapi dengan headlight dengan rekaan yang diilhamkan dari cermin mata gelap. Dalam bahagian kabin pula, tema ‘funky’ diteruskan dengan pelekat + dan – pada A pillar. Begitu juga dengan aksen kuning dengan trim eksterior.
Selain itu, penarik pintu, penyangkut beg dan dua panel di bahagian depan dilayangkan dengan warna kuning, berlawanan dengan aksesn kaki pada atas dashboard. Jika anda mengalami masalah untuk menggunakan pintu atau cermin, ikuti anak panah yang akan membantu arah yang betul untuk membukanya.
Bagi varian standard, Citroen My Ami Tonic ini dilengkapi dengan pemegang telefon pintar, tiga penyimpanan sampah, jejaring pintu, penyangkut beg, pengalas kaki sesuai untuk semua keadaan dan juga jaring yang memisahkan bahagian depan. Seunit dongle istimewa untuk menghubungkan telefon pintar dengan aplikasi khas My Citroen yang memberikan lebih banyak informasi tentang kenderaan yang comel ini.
Tiada kemaskini mekanikan diperkenalkan dan My Ami Tonic ini terus dikuasakan oleh sebuah motor elektrik dengan 8hp (6kW). Dilengkapi pek bateri 5.5kW-jam yang membekalkan tenaga elektrik, memberikan kuasa di antara dua pengecasan sehingga 70 km bergantung cara pemanduan serta keadaan jalan. Kelajuan tertinggi yang mampu dicatatkan pula ialah 45km/j.
Sumber : Motor1