Sebelum meneruskan cerita hari ini, Bentley Bentagya yang dipaparkan merupakan hasil imaginasi artis digital indie, Theottle. Tidak ada kaitan atau disahkan oleh pihak Bentley.
Pada bulan lepas, Bentley Mulliner Batur telah membuat penampilan pertama dan ia bukan sekadar pengeluaran terhad khas berasaskan Continental GT. Model paling berkuasa dalam sejarah Bentley ini telah memperkenalkan rekaan baharu untuk jenama ini yang dikatakan bakal diadaptasi dalam barisan EV pada masa akan datang. Bertitik tolak dari situ, artis digital indie, Theottle mengambil inspirasi dan menggambarkan generasi baharu SUV Bentayga.
Beliau memasukan beberapa ciri penggayaan dari sandal rendah sehingga SUV 5-pintu yang tampil lebih dan ia bukan sesuatu yang mudah. Namun, semuanya tidak mustahil dengan sentuhan magis Photoshop. Theottle telah menggunakan Bentley Bentayga EWB Azure sebagai asas untuk konsep digital dengan memanjangkan wheelbase.
Proses bermula dengan menambah ‘rupa’ atau muka hadapan Batur menjadi sebuah SUV mewah. Satu set lampu utama headlight digantikan dengan setup lampu dwi bulat yang menjadi elemen tanda kepada kedua-dua generasi Bentayga, mungkin bersaiz lebih besar.
Bergerak ke bahagian profil, lebih banyak bentuk berbanding sebelumnya menggunakan garis-garis Batur dan permukaan yang lebih bersih – khususnya pada bahagian fender depan dan juga bahagian fender belakang Bentayga yang lebih gempal. Selain itu, garisan cermin Batur dengan aksen krom turut digunakan, membentu C-pillar yang lebih ringkas.
Di bahagian belakang pula dilengkapi dengan tail light LED yang telah diselaraskan dengan saiz serta bentuk Bentayga bersama tail gate dan juga kawasan hitam pada bampar belakang seakan sebuah diffuser dan juga ekor yang lebih terang. Theottle mengekalkan ekzos dua pipe, sekali gus menunjukkan Bentayga yang lahir dari imaginasinya ini mengekalkan enjin pembakaran.
Bagi makluman, generasi pertama Bentayga diperkenalkan pada tahun 2015 sebagai versi produksi konsep radikal EXP 9 F dari tahun 2012. Penampilan muka dengan komprehensif telah dilakukan pada tahun 2020 yang menjadi barian Bentayga EWB dengan wheelbase yang telah dipanjangkan. Sekiranya Bentley mengekalkan pusingan 5-tahun SUV ini, mungkin generasi seterusnya akan dapat kita lihat pada tahun 2025.
Sumber : Carscoops