Pendaftaraan kenderaan Perodua meningkat sebanyak 42% pada bulan Ogos kepada 26,039 unit daripada 18,346 unit pada Julai lalu disebabkan bekalan komponen automotif yang semakin pulih. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, pihak Perodua berusaha untuk meningkatkan lagi angka ini demi mengurangkan masa menunggu para pelanggannya.
Perodua juga mencapai tahap pengeluaran terbaik tahun ini sebanyak 28,036 unit dan jumlah ini telah membolehkan Perodua meningkatkan pendaftaran model-modelnya. Perodua Bezza merupakan model paling popular dengan 6,808 unit didaftarkan, diikuti Myvi 6,252 unit dan Axia sebanyak 4,857 unit.
Perodua Alza Baharu pula menerima 51,000 tempahan setakat ini. Perodua telah mendaftar 7,682 unit pada bulan Julai dan Ogos lalu. Peningkatan dalam pengeluaran dan pendaftaran Perodua bulan Ogos disebabkan gangguan bekalan cip semikonduktor dan juga kekurangan pekerja di operasi pembekal. Akan tetapi isu-isu ini telah diatasi pada masa ini.
Tambahan Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad lagi, Perodua juga sedang mengkaji kesan peningkatan harga bahan mentah pada masa sekarang. Pada masa yang sama, Perodua dan syarikat-syarikat pembekal komponen sedang bekerjasama untuk mengatasi isu kenaikan kos yang sedang melanda.
Jualan Perodua dari Januari hingga Ogos tahun ini melonjak sebanyak 63.7% kepada 171,728 unit berbanding 104,933 unit pada jangka masa sama tahun lepas. Kenaikan jualan ini disebabkan oleh perintah berkurung yang dikuatkuasakan dari 1 Jun 2021 hingga 15 Ogos 2021 untuk membendung penularan kes Covid-19 pada masa itu.
“Dari Januari hingga Ogos tahun ini, Perodua Myvi masih kekal model paling laris kami di mana 48,658 unit telah didaftarkan, diikuti Bezza sebanyak 39,642 unit dan Axia sebanyak 37,013 unit,” Dato’ Seri Zainal berkata.