Baru-baru ini, jenama-jenama Stellantis iaitu Fiat, Jeep dan RAM mengumumkan kerjasama (RED) menerusi siri kenderaan edisi istimewa. Tujuan utama kerjasama ini adalah untuk mencapai sasaran minimum $4 million di antara tahun 2021 dan 2023, berjuang memerangi ancaman kesihatan termasuk AIDS dan yang terbaharu, Covid-19.
Edisi istimewa pertama di bawah kerjasama ini adalah adalah Fiat 500 RED yang sudah pun berada dan boleh di tempah di pasaran Eropah. Model elektrik penuh ini didatangkan dengan lencana istimewa, kemasan eksterior merah juga kombinasi hitam dan merah pada sudut interior. Motor kereta Itali ini adalah untu REDuce (mengurangkan) footprint karbon, pelepasan asap serta pandemik.
Ini diikuti oleh Jeep yang melancarkan kempen The RED Mission dalam misinya untuk menyelamatkan bumi. Jeep memperkenalkan Jeep RED Compass 2022 yang turut memakai lencana khas ada bahagian talgate dan menampilkan eksterior warna merah. Ia dijangka bakal dilancarkan pada suku pertama tahun 2022, diikuti dengan Renegade untuk pasaran Amerika Syarikat, Kanada dan juga Eropah.
Model terakhir adalah RAM yang mempunyai moto tersendiri iaitu “Born to Save” diinspirasikan dari motor khas RAM “Built to Serve”. Syarikat tersebut telah mendedahkan RAM edisi RED, RAM 1500 2022 dengan warna eksterior serba hitam bersama lencana yang diwarkan merah. Harganya akan diumumkan kemudian.
Menurut Olivier Francois, ketua pegawai pemasaran global di Stellantis berkata, sebagai jenama automotif pertama yang menyertai gerakan khas ini bersama RED, ketika pemimpin seluruh dunia, sasaran utama adalah mengambil inisiatif segera dalam memerangi kecemasan kesihatan dunia termasuk Covid-19. Rancangan pemasaran antara tiga-tiga jenama ini adalah jauh lebih penting serta mengubah $4 million menjadi sesuatu yang lebih cemerlang dalam masa beberapa tahun lagi.
Sumber : Carscoops