Baru-baru ini, Maserati mengumumkan tayangan perdana global untuk model terbaharunya yang dijadualkan berlangsung pada 16 November ini di Milano. Imej letupan pelbagai warna seolah gambaran memberikan nafas baharu.
Bagi makluman, Grecale adalah angin yang mengubah hari-hari biasa kepada sesuatu yang luas biasa dan menakjubkan sekaligus memberitahu gambaran tentang model siri baharu Maserati ini. Detik-detik untuk melancarkan model terbaharu yang penuh debaran serta berevolusi ini telah pun bermula secara rasminya.
Sebagaimana sedia maklum, Maserati sangat dikenali dengan menamakan model-modelnya dengan nama angin terkenal di dunia. Ia bermula sejak tahun 1963 dengan model legenda Mistral. Seterusnya diikuti dengan Ghibli, Bora dan Khamsin. Pada tahun 2016 pula, SUV pertama Maserati pertama Levante diperkenalkan.
Kini giliran Grecale, yang memainkan peranan amat penting dalam transformasi jenama Maserati dan menjanjikan pengalaman pemanduan yang luar biasa setiap hari.