Generasi kedua BR-V telah dirasmikan oleh Honda di pasaran Indonesia baru-baru ini. SUV terbaharu dari Honda ini menawarkan kabin MPV yang lebih selesa dan praktikal, menampilkan 3 tempat duduk di baris pertama, 7 tempat duduk dengan dimensi eksterior kompak seperti model terdahulu.
BR-V terbaharu ini dilengkapi dengan teknologi terkini berbanding generasi pertama. Manakala untuk rekaannya pula, ia tidak mempunyai garis cermin seperti model terdahulu, namun tampil lebih moden yang mengikuti trend terkini Honda. Namun, Honda tidak mendedahkan atau berkongsi gambar-gambar interior BR-V terbaharu ini tetapi memaklumkan ia dilengkapi dengan panel TFT 4.2inci pada kluster instrument dan skrin sesentuh 7-inci standard untuk infotainment. Kabin dengan ruang yang luas, didatangkan dengan bahagian penyetoran yang lebih banyak, poket di belakang tempat duduk, soket kuasa 12V, 8 lubang pemegang botol air dan sun visor dengan lampu serta cermin solek.
Apa yang penting, ia juga dilengkapi dengan Honda Sensing untuk sistem bantuan pemanduan dan ciri-ciri lain seperti kawalan jauh pemula enjin juga fungsi kunci secara automatik sebaik berjalan pergi. Di bahagian bawah bonet pula tersimpan enjin i-VTEC 1.5-liter yang menguasakan 119 hp (89 kW / 121 PS) dan tork 145 Nm (107 lb-ft). Kuasanya dialirkan ke bahagian roda belakang menerusi kotak gear CVT baharu untuk meningkatkan kecekapan bahan api.
Honda tidak menambahkan hybrid kepada BR-V ini, yang berkemungkinan untuk mengekalkan harganya yang murah. Tambahan pula, pasaran di Asia tidak mengamalkan pematuhan yang lebih ketat seperti diamalkan di pasaran Eropah. Semenjak tahun 2015, Honda BR-V telah terjual lebih dari 255,000 unit dengan 30% darinya terjual di pasaran Indonesia. Disebabkan itu, generasi terbaharu ini dibangunkan dan akan dikeluarkan di sana. Buat masa ini, Honda masih tidak mengumumkan harga BR-V baharu, mungkin kalau sudah dijual harganya tidak jauh berbeza dengan model terdahulu.
Sumber : Carscoops