Sebanyak 40 buah kereta ahli-ahli kelab FCT Malaysia (Honda Civic) telah menyertai program Kembara Merdeka yang diadakan pada 15 dan 16 Ogos lalu. Program yang berlangsung selama dua hari di Cameron Highlands itu turut dimeriahkan lagi dengan program Gala Dinner yang diadakan di sebelah malamnya.
Menurut peneraju kelab, selain berkonvoi dan menganjurkan majlis makan malam, program ini juga bertujuan untuk merapatkan lagi ikatan silaturahim di antara ahli yang terdiri dari berbilang kaum. Manakala para peserta yang hadir pula ada yang datang dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan juga Melaka.
“Matlamat program ini diadakan adalah memberi peluang untuk kami berhimpun bersama ahli-ahli kelab dan ia berlangsung dengan jayanya. Dalam masa yang sama, kami bukan sahaja dapat bertukar-tukar info tentang kereta malah turut membuat sumbangan kepada golongan yang memerlukan seperti anak-anak yatim, rumah orang-orang tua dan golongan asnaf.
Tahniah diucapkan kepada kelab FCT Malaysia kerana berjaya menganjurkan program seumpama ini dan berhimpun bersama ahli-ahli lain. Setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan para penaja seperti Vapor TSI, CHONE, Dapoq Firman, Zam Garage sekaligus memastikan kelancaran perjalanan program ini.