Naza Kia mengumumkan bahawa ia kini menerima tempahan model SUV terbaharunya, Kia Seltos di beberapa bilik pameran terpilih. Seltos hadir dalam dua varian iaitu EX dan GT Line. Kedua-duanya didatangkan dalam warna putih mutiara dan kelabu. Varian EX juga ditawarkan dalam warna merah, manakala warna biru eksklusif untuk varian GT Line.
Bergantung kepada pasaran, Seltos didatangkan dengan pilihan enjin petrol Smartstream empat selinder 1.6 liter turbo berkuasa 175hp, enjin aspirasi biasa bersesaran 2.0 liter (147hp) dan enjin turbo diesel 1.6 liter dengan kuasa 134hp. Enjin itu kemudian akan dipadankan dengan tiga pilihan kotak gear automatik, CVT, auto enam kelajuan dan auto klac berkembar tujuh kelajuan.
Untuk pasaran Malaysia, Seltos akan dipasang dengan enjin 1.6 liter aspirasi biasa berkuasa 123PS dan tork 151Nm. Ia dipadankan bersama kotak gear enam kelajuan automatik dengan tiga mode pemanduan iaitu Eco, Sport dan Normal.
Ia akan menjadi model pertama Kia untuk bersaing dalam pasaran SUV segmen B. Seltos didatangkan bersama jaminan pengeluar selama lima tahun. Maklumat lanjut, sila layari laman Facebook: https://www.facebook.com/kiamalaysia/
Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ