Foto: Shah Bahulu @ Adam Photography / Aie Mins @ Dragholics
Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan, Drag Dolphin Club (DDC Event Management) telah menganjurkan Kelantan Merdeka Drag Race 2019, bertempat di Auto City Tunjung, Kota Bharu pada 5-7 September yang lalu. Melibatkan perlumbaan kereta dan motosikal, ia menerima sambutan yang amat menggalakkan khususnya di kalangan peserta Pantai Timur.
Program ini dijalankan dengan kerjasama Motac Kelantan, PDRM, Exco Belia & Sukan Negeri Kelantan dan Tun Event Management. Ia menjadikan sukan permotoran sebagai platform, dalam membantu kerajaan menangani gejala kurang sihat di kalangan belia. Penganjuran program ini juga turut memberi ruang kepada peminat permotoran untuk berlumba dalam suasana lebih terkawal dan selamat.
Selain perlumbaan pada jarak 201 meter, program tiga hari ini turut diserikan dengan pelbagai acara sampingan yang lain seperti pertandingan autoshow, perhimpunan kelab, persembahan pentas, pesta makanan, gerai jualan dan lain-lain.